Blog

Bosan Terima Hadiah “SAMA” Tiap Tahun!!

Oleh Admin Noor – Mac 20, 2023

“Erm, hadiah “sama” lagi…”

Cikgu-cikgu pernah ada pengalaman terkena “ayat pedas” macam tu tak? Sakitnya tuh di sini kan! Buntu nak memikirkan  hadiah apa lagi yang “𝐑𝐀𝐑𝐄 & 𝐄𝐊𝐒𝐊𝐋𝐔𝐒𝐈𝐅” tapi budget bawah RM100 ? Kadang risau rakan guru tidak menyukai hadiah yang anda beri kan?

Antara Tips yang boleh dititikberatkan terlebih dahulu ialah :

1. Harga – Mengikut kemampuan. Jangan memaksa diri anda untuk membeli sesuatu hadiah yang mahal. Jangan terikut dengan kawan-kawan yang lain. Kemungkinan kawan-kawan anda mampu untuk membeli sesuatu hadiah yang mahal.

2.  Jenis Hadiah – Jangan beli hadiah yang mudah pecah seperti pasu, cermin atau bingkai gambar. Takut belum sempat sampai di sekolah, hadiah tersebut sudah rosak. Tetapi kalau hendak juga beli barangan berasaskan kaca seperti mug pastikan hadiah tersebut dalam keadaan sempurna dan bungkus hadiah tersebut dengan berhati-hati.

3. Kenangan – Beli hadiah yang boleh dijadikan kenangan. Kenangan? Ya. Supaya menjadi ingatan di kemudian hari.

Memandangkan ramai warga pendidik pernah mengalami situasi seperti berikut, maka hari in Noor Arfa ingin berkongsi  “𝟓 𝐂𝐚𝐝𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐝𝐢𝐚𝐡” yang sesuai untuk seorang insan yang bergelar pendidik.

#TIPS1 – SET PINGGAN MANGKUK

#TIPS2 – JAM TANGAN

#TIPS3 – WANGIAN @ PERFUME

#TIPS4 – TUDUNG BAWAL

#TIPS5 -READY TO WEAR

Dapat sesuatu? Confirm hadiah n0.4 dan no.5 bakal membuatkan rakan guru anda terharu dan Tersenyum Bahagia.

Terima kasih kerana meluangkan masa anda untuk membaca artikel ini. Semoga artikel Bosan Terima Hadiah “SAMA” Tiap Tahun!! ini sedikit sebanyak dapat membantu cikgu-cikgu di luar sana untuk dapatkan Idea Hadiah buat Rakan Guru yang “𝐑𝐀𝐑𝐄 & 𝐄𝐊𝐒𝐊𝐋𝐔𝐒𝐈𝐅” tapi budget bawah RM100

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Noor Arfa untuk dapatkan info dan cerita-cerita terkini serta menarik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *