Blog

TRAGIS!! Orang “BERDUIT” Memilih Bunuh Diri!

Oleh Admin Noor – Mac 25, 2023

TRAGIS!! Orang “BERDUIT” Memilih Bunuh Diri! Pernah terdengar kan kes macam tu? Pernah kan! Ramai yang berkata Wang adalah segala-galanya TAPI kenapa kes ini boleh berlaku?

Berdasarkan kajian pihak terlibat, Antara faktor seseorang itu mengambil tindakan membunuh diri disebabkan oleh faktor Kewangan, Kesihatan, Tekanan Perasaan, Kemurungan, Masalah Keluarga dan sebagainya.

Berdasarkan firman Allah seperti :

“Sesiapa yang membunuh diri dengan besi, maka di neraka jahanam nanti, besi itu selalu di tangannya, ia menusuk-nusukkannya ke perutnya selama-lamanya. Dan barangsiapa bunuh diri dengan meminum racun, maka di neraka jahanam nanti, ia akan terus meminumnya selama-lamanya. Dan barangsiapa bunuh diri dengan menjatuhkan diri dari gunung, maka di neraka jahanam nanti, ia akan menjatuhkan (dirinya) selama-lamanya.”

Riwayat Muslim (109)

Keberkatan itu “Ziyadatul Khoir”, bertambahnya Kebaikan!

Bacaan yaasin berjemaah bersama Noorarfarians

Bulan lalu, Team Noor Arfa berpeluang menyertai Usrah Bulanan yang bertempat di Bilik Seminar Noor Arfa Craft Complex. Aktiviti yang berlangsung selama 1 jam ini di mulakan dengan Aktiviti Solat Dhuha, Hajat dan Bacaan Yaasin sesara berjemaah.

Alhamdulillah! Aktiviti ini berjalan dengan lancar dan penuh dengan pengisian rohani. Turut di jemput Ustaz untuk menyampaikan Usrah Bulanan yang menyentuh berkaitan “Keberkatan Rezeki”. Jadi, Hari ini Admin ingin berkongsi antara intipati yang admin dapat daripada usrah tersebut sebagai pengetahuan kita bersama. Semoga bermanfaat!

Keberkatan Rezeki…

KEBERKATAN rezeki adalah antara perkara utama yang mesti dititikberatkan dalam hidup. Rezeki bukan sekadar wang, harta, makanan dan minuman. Sebaliknya jodoh, anak, pangkat, nama baik, kedudukan dan sebagainya juga boleh disebut sebagai rezeki.

Rezeki kepada pendapatan yang kita perolehi sama ada dengan bekerja sendiri, mengambil upah atau makan gaji. Rezeki yang dicari dan diusahakan itu pula dibawa pulang ke rumah untuk diberi makan anak isteri. Ada orang memandang ringan akan isu keberkatan rezeki ini. Pada mereka ia hanya isu kecil yang tidak perlu diperbesarkan. Mereka ini tidak sedar wujudnya kaitan langsung antara keberkatan rezeki dengan nasib, kualiti perhubungan, kejayaan anak-anak, dan segala aspek kehidupan.

Ada beberapa sebab yang boleh menyebabkan rezeki tidak berkat. Pertama, kerana ia jelas datang dari sumber pendapatan yang haram. Namun, ada yang tidak menyedari bahawa secara halus rezeki itu boleh hilang keberkatan apabila kita yang dibayar upah atau digajikan untuk melakukan sesuatu pekerjaan, atau memikul sesuatu tugasan tetapi tidak melakukannya dengan bersungguh-sungguh. Sebaliknya apa yang berlaku ialah pelbagai masalah di tempat kerja seperti curi tulang, datang lewat, malas, kerja tidak mencapai kualiti, melakukan kerja lain sewaktu dalam masa bekerja, main-main, dengki, irihati dan seumpamanya.

Tanda-tanda Rezeki Berkat:

  1. Iman Semakin Meningkat
  2. Hati Semakin Tenang
  3. Diri Semakin Pemurah
  4. Terbentuk Keluarga Yang Harmoni
  5. Anak-Anak Cemerlang Dunia Akhirat
  6. Sentiasa Merasa Cukup Dan Bersyukur
وَلَكِنَّ اللهَ يُحِبُّ مِنَ الْعَامِلِ إِذَا عَمِلَ أَنْ يُحْسِنَ 
Maksud: “Tetapi Allah kasih kepada pekerja (yang melakukan sesuatu amalan) yang apabila dia melakukan sesuatu perkara hendaklah melakukannya dengan baik.” (HR Baihaqi, no. 4932)

Dengan itu, barulah keberkatan rezeki bakal menyusul yang akan menarik kepada ketenangan hidup serta kecukupan yang ada.

Terima kasih kerana meluangkan masa anda untuk membaca artikel ini. Semoga artikel TRAGIS!! Orang “BERDUIT” Memilih Bunuh Diri! ini sedikit sebanyak dapat memberi pengajaran dan tauladan kepada kita semua terutama kepada wanita-wanita di luar sana agar sentiasa berusaha dan bertawakal kepada Allah s.w.t. Subagai umat islam, Keberkatan Rezeki hendaklah dijaga agar iabadah yang dilakukan tidak menjadi sia-sia.

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Noor Arfa untuk dapatkan info dan cerita-cerita terkini serta menarik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *