Blog

KEJAM! “Anak Syurga” Di Layan Seperti….

Oleh Admin Noor – Mac 19, 2023

KEJAM! “Anak Syurga” Di Layan Seperti BINATANG! Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Berat sungguh ujian buat anak syurga ini. Tahun lalu kita dikejutkan dengan satu penindasan dan kezaliman terhadap salah seorang anak syurga @ istimewa yang bernama Bella. Ia tidak sepatutnya berlaku dan keadilan kepada adik Bella serta seumpamanya perlulah ditegakkan.

“Allah juga bukan hanya menguji mereka yang disebut OKU tetapi Allah juga menguji diri dan kesabaran kita bagaimana untuk menyantuni mereka dengan baik.”

Ini kerana asbab kekurangan yang dia milikilah maka sewajibnya kita yang menjadi benteng bagi melindungi anak-anak istimewa daripada ditindas dan dipermainkan.

Sabda Baginda Rasulullah

“Bantulah saudaramu yang zalim dan juga yang dizalimi.”

[HR Bukhari 2263]

Dalam hadis ini kita sedia maklum bahawa Baginda Rasulullah menyuruh untuk kita membantu orang yang ditindas. Maka kita faham adalah sepatutnya kita membantu dan menolong orang yang dizalimi tetapi kenapa Baginda Rasulullah memerintahkan supaya kita juga membantu orang yang zalim?

Rasulullah telah menafsirkan atau menjelaskan makna hadis di atas dengan menolong orang yang melakukan kezaliman di sini adalah dengan cara mencegahnya daripada perbuatan yang zalim. Ini kerana, jika dibiarkan begitu saja, ia akan terus melakukan kezaliman tersebut.

Orang Kelainan Upaya(OKU) bukanlah penyakit bawaan atau ancaman. Namun ia boleh membawa kemudaratan jika tiada belas ihsan dan sokongan sesama insan.  Keprihatinan umat sejagat menjadi satu tuntutan untuk membawa sinar kebahagiaan kepada insan terpilih ini dan ahli keluarga mereka untuk menjalani kehidupan dengan ketenangan. 

Noor Arfa Adakan Aktiviti Bersama Anak Syurga

Justeru itu, Noor Arfa telah mengadakan Program “Coorporate Social Responsibility (CSR)” di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Gong Badak pada minggu lalu untuk menyantuni anak-anak Istimewa di sana.

Aktiviti yang berlangsung selama 5 jam berjalan dengan lancar dan sangat meriah. Pelbagai aktiviti menarik di lakukan oleh Team Noorarfarians untuk membahagiakan anak-anak syurga di sana antaranya Aktiviti Bacaan Yaasin, Aktiviti Mewarna dan pelbagai lagi.

Aktiviti ini di rangka bagi memberi kesedaran kepada orang awam terutamanya yang beragama Islam tentang kewajipan menyantuni anak-anak syurga dan menghasilkan generasi yang peka dengan keperluan golongan istimewa ini dalam aspek kerohanian dan juga menghasilkan generasi kanak-kanak OKU yang tebal daya tahan kendiri sebagai persediaan menjadi golongan OKU yang serba boleh.

“Anak-anak istimewa adalah rahmat daripada Allah… Santuni dan taburlah kasih sayang kepada mereka”

Terima kasih kerana meluangkan masa anda untuk membaca artikel ini. Semoga artikel KEJAM! “Anak Syurga” Di Layan Seperti….ini sedikit sebanyak dapat memberi pengajaran dan tauladan kepada kita semua terutama kepada wanita-wanita di luar sana agar sentiasa berbuat baik kepada golongan istimewa ini

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Noor Arfa untuk dapatkan info dan cerita-cerita terkini serta menarik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *