Blog

Cikgu Tolong Jangan “MEMBAZIR”!!

Oleh Admin Noor – Mac 27, 2023

“Alamak! Duit gaji dah habis! Baru awal puasa nih

Cikgu Tolong Jangan “MEMBAZIR”!! dengan berbelanja mengikut NAFSU! Cikgu-cikgu pernah ada pengalaman “awal bulan duit gaji dah habis”? Sakitnya tuh di sini kan! Buntu memikirkan nak guna duit mana laa sampai dapat gaji seterusnya. Duit simpanan mesti tak nak usik kan! Lagi2 bila Bulan Ramadan ni. Confirm sampai bazar dah tak ingat dunia membeli. hihi

Memandangkan ramai warga pendidik pernah mengalami situasi seperti berikut, maka hari in Noor Arfa ingin berkongsi  “5 Tips Cikgu Berjimat di Bulan Ramadan” yang dapat di praktikkan oleh cikgu-cikgu.

#TIPS1 – CATAT PERBELANJAAN HARIAN

Catat dalam buku kecil berapa yang telah anda belanja setiap hari di bazar. Ini bagi memastikan kita tahu tahap atau jumlah pengeluaran duit semasa di bazar.

#TIPS2 – KURANGKAN KEKERAPAN BERBUKA PUASA DI LUAR

Cara ini dapat mengelakkan kita berbelanja lebih di bazar Ramadan atau di kedai-kedai makan. Bukan kos makanan sahaja tergangu, kos minyak kenderaan, servis tax kedai makan pun menjejaskan kewangan kita di bulan Ramadan ini.

#TIPS3 – BUAT PERSIAPAN SEJAK AWAL RAMADAN

Cara ini bagi mengelakkan Cikgu-Cikgu berbelanja dapur di bulan Ramadan. Secara tak sedar, jika berbelanja sikit sikit akan mengakibatkan kos belanja semakin meningkat.

#TIPS4 – UTAMAKAN “KEPERLUAN” BUKAN KEHENDAK

Beli satu juadah berat dan dua juadah ringan untuk berbuka. Juadah ringan boleh simpan untuk moreh. Dengan cara ini anda boleh menikmati menu yang berbeza setiap hari.

Jika teringin untuk membeli lebih dari tiga juadah, ingatkan diri sendiri bahawa ‘esok masih ada’. Puasa ada 30 hari, jadi ada 30 pilihan menu untuk dicuba. Bersabar dan bertabahlah. Selain itu, Tetapkan bajet pembelian setiap hari atau bawa duit cukup-cukup sahaja. Cara ini dapat mengelakkan kita daripada dipengaruhi nafsu lapar yang menjurus ke arah ‘terlebih beli’.

#TIPS5 – SIMPANAN UNTUK PERBELANJAAN HARI RAYA

Senaraikan makan yang hendak di beli sahaja. Cara ini dapat membantu kita merancang juadah berbuka puasa, di samping mengelakkan diri daripada membeli makanan yang tidak diperlukan serta membuat pilihan yang sihat dan tepat.

Terima kasih kerana meluangkan masa anda untuk membaca artikel ini. Semoga artikel Cikgu Tolong Jangan “MEMBAZIR”!! ini sedikit sebanyak dapat membantu cikgu-cikgu di luar sana untuk berjimat di Bulan Ramadan ini!

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Noor Arfa untuk dapatkan info dan cerita-cerita terkini serta menarik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *