Blog

CSR Bersama Noor Arfa Di Mentally Disable Children Centre

Pada 15 November 2022 yang lalu, Noor Arfa telah melaksanakan insiatif “Corporate Social Responsibility (CSR)” atau maksudnya ialah tanggungjawab sosial korporat. Alhamdulillah diberi peluang untuk mengadakan CSR disamping meluangkan masa bersama insan-insan istimewa di Mentally Disable Children Centre.

Mentally Disable Children Centre ialah salah satu pusat penjagaan kanak-kanak terencat akal di Kuala Terengganu. Penghuninya terdiri daripada pelbagai lapisan usia dan kaum. Selain dapat meluangkan masa bersama-sama mereka, kami turut mendapat sedikti pengalaman dalam menguruskan mereka. Alhamdulillah, pengalaman ini juga dapat mendidik untuk menjadi manusia yang lebih bersyukur di atas nikmat yang dikurniakan.

Oleh itu, saya berbesar hati untuk berkongsi momen-momen bersama insan-insan istimewa ini😍

Pengurus Besar Noor Arfa Holding, Puan Ismanisa bergambar bersama team Noor Arfa dan insan istimewa
Pengurus Besar Noor Arfa Holding, Puan Ismanisa bergambar bersama team Noor Arfa dan insan-insan istimewa
Sesi Makan Team Noor Arfa Bersama Insan-insan Istimewa 😍
Sesi Makan Team Noor Arfa Bersama Insan-insan Istimewa 😍

Alhamdulillah. Semua berjalan lancar seperti yang dirancang. Semoga diberi lebih banyak lagi kesempatan yang sebegini untuk masa akan datang. Sesungguhnya kebaikkan itu datang dari Allah dan kekurangan itu adalah dari diri kami sendiri

Sekian sahaja perkongsian untuk hari ini. Terima kasih di atas masa yang diluangkan untuk membaca coretan ini. Haaa, jika anda ada cadangan yang hendak diberikan kepada kami sama ada untuk penambahbaikan atau cadangan tempat-tempat yang boleh kami kunjungi pada akan datang, boleh tulis diruangan komen ya. Pendapat anda sangat kami hargai dan alu-alukan 😍

Noor Arfa
Senyuman KebahagiaanMu 💜

Ingin mengetahui aktiviti-aktiviti semasa Noor Arfa??? Jom klik 👉🏻 DI SINI

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *