Blog

Suami Marah Selalu Sebab Lambat Bersiap? Follow Tips Ni

Allah bagi kita semua 24 jam. Ada yang dapat 25 jam? Semestinya tak ada kan? Jadi, kita kena pandai membahagikan masa yang kita ada supaya dapat memaksimumkan penggunaannya. Biasanya kalau pagi-pagi mesti kelam-kabut kalau kita tak sempat nak bersiap dengan sebetulnya. Jadi, mungkin boleh amalkan beberapa diantara tips yang berikut:

Rancang baju yang nak dipakai pada hari esok sebelum tidur

Percaya tak, kalau kita dah set dalam minda apa yang kita nak pakai pada keesokan harinya sebelum kita tidur, nescaya kita akan bangun dengan lebih bersemangat. Hidup akan bermula dengan lebih teratur. Sebab apa? Biasanya orang perempuan ni ada baju satu almari penuh pun akan cakap masih tak ada baju. Dan nak beli baju baru lagi. Jadi, bila kita dah set siap-siap, maka tak perlulah kita berdiri depan almari baju esoknya semata-mata nak pilih baju mana yang nak dipakai.

Seterika baju/ pakaian kerja untuk seminggu

Kalau nak lagi best, baju yang dah dipilih sebelum tidur tadi dah siap diseterika malam sebelumnya. Bagi yang terlebih rajin, boleh prepare untuk seminggu terus. Dah rancang betul-betul, isnin nak pakai baju mana, selasa yang mana dan seterusnya. Bukan setakat pakaian, tudung sekali dah siap matchingkan dengan baju yang nak dipakai. Barulah tersusun dan teratur hidup kita. Cubalah! 

Pilih pakaian atau tudung yang tahan renyuk

Yang ni memang sangat setuju. Kalau yang malas nak seterika baju tu, boleh pilih pakaian atau tudung yang tak perlu seterika. Kebanyakan wanita memang suka nak cepat kan? Salah satu yang sangat diperlukan wanita muslimah di luar sana ialah baju yang tak payah iron. Kalau dapat baju jenis ni, pakai yang ni berhari-hari pun tak apa. Asalkan basuh! Yang penting lepas basuh kena sidai elok-elok, supaya boleh terus pakai kalau terus diambil dari ampaian. Kami pun ada jual ye baju kurung yang tak payah iron ni. 

Antara koleksi #ReadyToWear by Noor Arfa yang tahan renyuk dan tak perlu gosok pun ialah #koleksikurungsafeeya akan dilancarkan 30 November ini.

Set jam penggera malam sebelumnya

Ni antara tips yang biasa, tapi sangat berguna. Sekarang tak ada jam loceng dah, boleh guna telefon bimbit je nak set alarm clock ni. Dan pastikan juga bateri telefon bimbit mencukupi untuk memastikan ia masih berfungsi semasa alarm berbunyi. Takut juga kalau bateri telefon bimbit dah habis pada malamnya, sampai ke sudah tak dengar bunyi jam penggera. 

Rasanya itu antara tips yang boleh saya kongsikan. Semoga bermanfaat untuk semua. Banyak je tips lain yang boleh diaplikasikan, tapi yang ni khusus untuk wanita muslimah supaya lebih terancang dan teratur hari anda. Mesti bermula dari pagi hari, supaya mood anda akan kekal bersemangat hingga ke akhirnya. ?

JOM DAPATKAN KURUNG SAFEEYA BY NOOR ARFA SEKARANG

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *