Blog

Yang Mana Patut Didahulukan? Keluarga Atau Orang Luar??

Pernah tak kita terfikir pihak manakah yang patut didahulukan dalam memberi atau bersedekah? Adakah lebih baik diberikan kepada ahli keluarga atau kepada orang luar? Sudah menjadi kebiasaan, kita lebih memilih untuk memberi kepada orang lain selain ahli keluarga. Walhal, ahli keluarga merupakan golongan yang wajar diberi keutamaan apabila bersedekah atau untuk sebarang pemberian. Namun, Islam bukanlah tidak menggalakkan bersedekah kepada orang lain tetapi sedekah yang lebih besar pahalanya adalah sedekah kepada ahli keluarga.

عَنْ الزُّهْرِيِّ قَالَ أَخْبَرَنِي سَعِيدُ بْنُ الْمُسَيَّبِ أَنَّهُ سَمِعَ أَبَا هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ خَيْرُ الصَّدَقَةِ مَا كَانَ عَنْ ظَهْرِ غِنًى وَابْدَأْ بِمَنْ تَعُولُ

Daripada Az Zuhriy berkata, telah mengkhabarkan kepada saya Sa’id bin Al Musayyab bahawa dia mendengar Abu Hurairah RA dari Nabi SAW bersabda,: “Sebaik-baik sedekah adalah yang di luar keperluan (yang sudah cukup untuk keperluan dirinya). Maka mulakanlah pemberian untuk orang yang menjadi tanggunganmu”.

(HR Bukhari No: 1337)

Pengajaran:

  1. Amalan bersedekah atau pemberian kepada orang lain adalah amalan mulia yang dituntut kepada setiap Muslim.
  2. Sedekah yang baik ialah sedekah atau pemberian yang diberikan setelah menunaikan kewajiban nafkah keluarga.
  3. Bersedekah atau pemberian yang sebaiknya adalah selepas menyempurnakan hak dan tanggungjawab keluarga. Firman Allah:

وَيَسْأَلُونَكَ مَاذَا يُنْفِقُونَ قُلِ الْعَفْوَ

“Dan mereka bertanya kepadamu apa yang mereka nafkahkan. Katakanlah: ” Yang lebih dari keperluan.”

(QS. Al Baqarah: 219).

Ayat di atas bermakna sedekah itu di luar keperluan asas (Ibnu Katsir, 2: 145).

  1. Sedekah atau pemberian kepada keluarga terlebih dahulu lebih diutamakan kerana ganjarannya lebih besar berbanding sedekah (pemberian) kepada orang lain.

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَدَقَتُكَ عَلَى الْمِسْكِينِ صَدَقَةٌ وَعَلَى ذِي الْقُرْبَى الرَّحِمِ ثِنْتَانِ صَدَقَةٌ وَصِلَةٌ

Rasulullah SAW bersabda: “Sedekahmu pada orang-orang miskin bernilai satu sedekah, sedangkan sedekahmu pada kerabatmu bernilai dua iaitu; (1) sedekah dan (2) menyambung silaturahim.”

(Musnad Ahmad No: 17197) Isnad Hasan

Mulakan pemberian kepada ahli keluarga terlebih dahulu termasuk ibu bapa serta kaum kerabat yang terdekat. Jom dapatkan Sarung Noor Arfa untuk ahli keluarga. Sangat sesuai untuk sedondon bersama ahli keluarga yang secara tidak langsung dapat mengeratkan lagi hubungan antara keluarga.

Klik 👉🏻 Di sini untuk dapatkan Sarung Noor Arfa

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *