Blog

TIPS MENJADI BRIDESMAID YANG BERMANFAAT

Cuti sekolah akan bermula minggu depan!! Haaa bila tiba je cuti persekolahan, maka ramai yang akan membuat majlis perkahwinan, betul tak?? Mana taknya waktu nilah yang terbaik untuk buat majlis perkahwinan kan.

Jadi pengantin mesti tengah sibuk nak cari bridesmaid untuk meriahkan lagi majlis betul tak?
Jika anda adalah orang yang dipilih untuk jadi bridesmaid, ada beberapa perkara penting yang perlu diambil berat. Oleh itu, perkongsian kali ini kami nak share beberapa tips yang anda boleh guna untuk menjadi bridesmaid.

Ambil Tahu Tentatif atau Flow Majlis
Sebagai bridemaids , perlu diingati anda sangatlah penting untuk sesebuah majlis, Oleh itu, pastikan anda tahu tugas dan persediaan yang perlu di lakukan sebelum & sewaktu majlis berlangsung.

Pastikan sentiasa senyum
Menjadi pengantin bukan lah perkara yang senang, banyak perkara perlu dibuat menjadikan pengantin berasa letih. Sebagai bridesmaid perlulah sentiasa mengingatkan pengantin untuk sentiasa senyum supaya gambar dapat diambil gambar dengan baik. Tetapi anda pun haruslah turut senyum supaya aura yang diberikan dapat memeriahkan lagi majlis.

Membantu persiapan perkahwinan
Kebanyakan bridesmaid hanya datang sewaktu majlis sahaja tetapi sewaktu sebelum majlis tidak datang untuk memberikan sebarang bantuan pun. Seeloknya bantulah pengantin membuat persiapan majlis sekurangnya dapat meringankan beban si pengantin. Antaranya isi beg untuk doorgift,buat hantaran dan sebagainya. Dengan ini pengantin akan rasa dirinya sangat dihargai.

Sampai disini sahaja perkongisan untuk Tips menjadi bridesmaid dan groomsmen yang disayangi.
Semoga info ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka yang bakal menjadi bridesmaid.

Sekiranya anda berminat dengan baju bridesmaid seperti gambar-gambar di atas boleh tekan DI SINI untuk beli dengan harga yang sangat berpatutan.Semoga berjumpa lagi pada perkongsian seterusnya.

Sekian, Terima kasih ~ ~Senyuman KebahagiaanMu 💜

Related Posts

Leave a Reply