Blog

Hadiah Terbaik Untuk Bakal Ibu.

Bila usia menginjak 30an, ramai teman rapat yang bakal menyambut kelahiran cahaya mata. Seperti yang diketahui umum selalunya para guru wanita akan silih berganti dalam permohonan cuti bersalin. Sampaikan rakan-rakan guru buntu dalam dalam memikirkan hadiah untuk mereka. Yalah, takut barang-barang yang kita beli, mereka tidak suka ataupun mereka sudah ada. Jadi lebih baik jika anda berikannya hadiah lebih awal.

Dengan masa yang dihabiskan seharian di sekolah, tentunya sesetengah rakan guru tidak sempat untuk mendapatkan hadiah kepada rakannya yang baru melahirkan. Ini membuatkan mereka lebih memilih untuk pemberian dalam bentuk wang kerana lebih mudah. Namun begitu, adalah lebih baik jika kita membelikan hadiah untuk mereka. Ini akan menjadikan mereka lebih menghargai pemberian daripada rakan terdekat.

Malah, ada baiknya jika kita hadiahkan barangan yang boleh mereka gunakan selalu. Hasilnya, barangan yang boleh digunakan berulang kali dan bersifat sentimental boleh dijadikan kenangan abadi oleh si ibu.

Hadiah Yang Sesuai Untuk Bakal Ibu

Lampin Bayi
Semua ibu bapa pasti akan berterima kasih dengan hadiah ini. Ini kerana mereka pasti akan berlaku kejadian ” alamak lampin habis!”. Masa itulah lampin akan jadi penyelamat ibu ayah.

Lampin Bayi Untuk Kegunaan Anak

Batik Sarung
Walaupun batik sarung bukanlah kegunaan untuk anak. Namun, batik sememangnya sangat sinonim bila berkait dengan berpantang ni. Pemakaian kain batik boleh membantu memudahkan ibu jika bergerak.

Batik Sarung untuk kegunaan Si Ibu

Semoga cadangan hadiah ini bermanfaat kepada para guru yang ingin membeli hadiah kepada rakan guru mereka yang baru menerima cahaya mata. Tapi jika anda ada cadangan lain, boleh senaraikan di bahagian komen dibawah

Sekian, Terima kasih ~ ~Senyuman KebahagiaanMu 💜

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *