Blog

#nawSHARING – Sambil menyusukan anak, sambil reply whatsapp customer.

Hi Salam Noor Arfa Lovers! Harini min rasa macam nak kongsi kisah Kak Ana kita. Kak Ana kita ni serupa wonder woman dah, walau sibuk dengan anak kecil ia sikit pun tak menghalang beliau untuk sentiasa pastikan Noor Arfa Lovers sentiasa happy. Min kasi intro dulu lah siapa Kak Ana ni. Okay nama penuh beliau ialah Wan Farhana binti Wan Tazilah. Beliau asalnya dari #TeamCikUmmi tapi kini beliau sudah mempunyai anak team sendiri iaitu #TeamCikAna walaupun teamnya masih kecil.

Beliau mula meniaga produk Noor Arfa sekitar bulan March 2020 dan asalnya hanyalah sekadar suka2. Beliau mula dengan mempromosikan kain pasang tenun Noor Arfa. Alhamdulillah dalam masa 3 hari beliau berjaya mendapat hasil jualan sekitar 2.5K. Dari situ, Kak Ana mula bersemangat untuk fokus meniaga produk Noor Arfa dan join sebagai anak #TeamCikUmmi.

Sepanjang menjadi salah seorang Noor Arfa Warrior dari bulan March hingga September, beliau sudahpun berjaya mendapatkan hasil jualan sebanyak 16K. Kini, beliau boleh belikan apa sahaja untuk ibu bapanya menggunakan duit hasil dari meniaga produk Noor Arfa. Bercakap tentang tujuan, beliau berkongsi dimana beliau ingin membantu orang2 di luar sana untuk lebih mengenali dan mendapatkan produk Noor Arfa. Selain itu, beliau juga ingin membantu sesiapa yang ingin membina income tanpa modal kerana business bersama Noor Arfa tidak memerlukan sebarang modal. Akhir sekali, beliau juga berharap dapat memberi manfaat kepada orang lain.

Seterusnya tentang komitmen sebelum beliau mempunyai zuriat beliau dapat fokus 100%. Bulan 5 sahaja beliau berjaya mengumpul sales sebanyak 5K. Tapi bila sudah mempunyai anak, beliau perlu pandai bahagi masa antara business dan anak. Mempunyai anak kecil tidak menghalang beliau untuk terus komited dalam meniaga. Beliau turut berkongsi “sambil menyusukan anak, sambil layan customer tengok2 website“. Betul2 multitask dan ini menjadikan Kak Ana kita lebih bersemangat untuk melakukan perngorbanan antara kerja dan anak.

Kak Ana turut berkongsi apabila bersama NAW banyak kelebihannya antaranya ialah dapat bersama circle yang positif. Contoh, ada masa kita akan rasa down dan malas tapi bila kita tengok sekeliling kita yang positif kita akan kembali bersemangat untuk terus berjuang. Semoga semua NAW kita dapat menjadi jutawan yang berilmu dunia dan akhirat.

Min rasa sampai disini saja perkongsian min. Sekian untuk harini!

[TRANSLATE]

 

 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *