Blog

Nak Murah Rezeki?? Buat 5 Perkara Ini Untuk Murah Rezeki

Siapa yang tak nak murah rezeki kan ?? Mestilah kita semua nakkan. Tapi tahu kah kita bahawa tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima. Memberi akan memurahkan rezeki kita. Tidak semestinya hanya memberikan wang. Namun, ada pelbagai pemberian yang boleh memurahkan rezeki kita setiap hari dan hanya memerlukan sedikit sahaja usaha. Oleh itu, saya ingin kongsikan 5 perkara yang patut dikongikan supaya dimurahkan lagi rezeki.

Perkongsian Video Daripada TikTok Noor Arfa
1. Beri senyuman

Senyuman adalah sedekah. Senyuman bukan sahaja akan mengundang senyuman balas dari orang lain, tetapi juga senyuman akan membuatkan hati dan diri kita tenang dan bersyukur dengan apa sahaja rezeki Allah swt.

2. Beri kata-kata yang baik

Beri semangat dan sokongan kepada mereka yang memerlukan.

“Allah swt memberi rahmat kepada orang yang berkata baik lalu mendapat keuntungan, atau diam lalu mendapat keselamatan”.

Hadis Riwayat Ibnul Bubarak.
3. Beri sedekah kepada mereka yang memerlukan

Harta benda tidak akan berkurangan sekiranya kita bersedekah. Malah, kita akan mendapat ganjaran yang lebih banyak lagi apabila membantu mereka yang memerlukan.

4. Beri usaha yang tekun dalam kerja yang dilakukan.

“Sesungguhnya Allah SWT menyukai apabila seseorang kamu bekerja dan melakukan pekerjaan itu dengan tekun”.

Hadis Riwayat Abu Daud.
5. Beri hadiah kepada yang tersayang.

Gembirakan insan tersayang sentiasa. Apa kata lakukan hari ini! Rezeki rumah tangga tiada ternilainya!

Kesimpulannya

Yakinlah bahawa rezeki itu adalah jaminan Allah swt pada mereka yang mengusahakan rezeki itu. Sekian perkongsian untuk hari ini dan terima kasih kerana meluangkan masa untuk membeca coretan ini. Semoga kita dimurahkan rezeki yang sentiasa mengalir seperti air zam zam.

“JOM DAPATKAN SET HADIAH DARI NOOR ARFA UNTUK INSAN TERSAYANG”

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *