Blog

Ohhh!!! Baru Tahu Rupanya Hari Ni..

Sejak tahun 1980, setiap 27 September telah ditetapkan oleh Pertubuhan Pelancongan Dunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNWTO) sebagai Hari Pelancongan Sedunia.

Tujuan utama Hari Pelancongan Sedunia ditetapkan adalah untuk menggalakkan kesedaran tentang kepentingan pelancongan. Tujuan ini diadakan adalah untuk menunjukkan kesedaran bahawa pelancongan adalah penting kepada masyarakat antarabangsa dan menunjukkan bagaimana pelancongan mempengaruhi nilai-nilai sosial, kebudayaan, politik dan ekonomi di seluruh dunia. Di samping itu, hari tersebut menekankan kepentingan industri pelancongan dalam mempromosikan dan memulihara budaya dan warisan di seluruh dunia.

Kepentingan Hari Pelancongan Sedunia

Menurut PBB, industri pelancongan memberikan peluang pekerjaan satu daripada setiap sepuluh orang di dunia ini. Bagi beberapa negara, industri ini menyumbang lebih dari 20% daripada ekonomi negara. Malah semasa wabak Covid-19 melanda, 90% sektor percutian global ditutup. Ini menyebabkan berjuta-juta orang tidak bekerja yang bergantung kepada pelancongan untuk mencari nafkah. Matlamat Hari Pelancongan Sedunia adalah untuk menekankan pentingnya industri pelancongan dalam kehidupan kita.

Pada tahun 2022, kerajaan telah membuka semula sepenuhnya sektor pelancongan domestik negara. Dengan peluang yang ada, kita juga boleh menyumbang kepada ekonomi negara dengan melakukan aktiviti melancong di dalam negara. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua pembaca sekurang-kurangnya pengetahuan am yang mungkin tidak kita ketahui sebelum ini. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca coretan ini. Sekian, Noor Arfa ingin mengucapkan Selamat Hari Pelancongan Sedunia bagi tahun 2022!!

Rasai sendiri pengalaman mewarna batik sambil “shopping” lebih 70 jenama batik di Noor Arfa Craft Complex

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *