Blog

Tidak Perlu Mewah, Janji Meriah

Berseronok di tempat kerja melalui aktiviti berkumpulan dalam syarikat sangat memberi kesan kepada budaya syarikat. Malah, satu rahsia menunjukkan nilai budaya syarikat yang baik dapat meningkatkan produktiviti syarikat. Yang menariknya, aktiviti syarikat tidak perlu mewah, janji meriah dan mendapat kerjasama dari semua kakitangan.

Tahukah anda, kebanyakan syarikat-syarikat diluar negara seperti di Amerika sedang melaksanakan pengalaman kerja yang menyeronokkan kepada pekerja mereka. Ini bertujuan untuk memastikan para pekerja kekal bahagia, bergaul dan merasai keseronokan di tempat kerja.

Sesuai dengan “Value Noor Arfa” iaitu “Kami sentiasa mewujudkan suasana kerja yang menyeronokkan”, kami sentiasa melibatkan diri dalam aktiviti yang dianjurkan oleh syarikat. Pada setiap bulan kami akan sentiasa mengadakan aktiviti syarikat yang memerlukan penglibatan dan kerjasama antara staff. Malah dengan aktiviti yang diadakan ini, mampu mengeratkan lagi hubungan antara pekerja dan majikan.

Oleh itu, hari ini saya ingin berkongsikan antara momen sepanjang aktiviti syarikat bersama majikan dan staff yang diadakan pada bulan ini.

Aktiviti Barbeque Antara Majikan Dan Staff Noor Arfa
Aktiviti Barbeque Antara Majikan Dan Staff Noor Arfa
Aktiviti Barbeque Antara Majikan Dan Staff Noor Arfa
Aktiviti Barbeque Antara Majikan Dan Staff Noor Arfa

Apa pendapat pembaca semua?? Meriah kan!! Adakah dengan menikmati lebih keseronokan akan mempengaruhi produksi syarikat? Tidak.. Dengan adanya aktiviti ini sebenarnya dapat meningkatkan lagi produktiviti syarikat. Dengan keadaan pekerja yang sentiasa bersatu hati, mempunyai minda yang ceria, maka meningkatlah produktiviti syarikat.

Sekian sahaja perkongsian untuk hari ini. Terima kasih kerana telah sudi meluangkan masa untuk membaca coretan ini. Semoga semua pembaca mendapat manfaat dari perkongsian ini. Selamat mencuba untuk praktikkan di pejabat anda !!!

Jom Bina Kerjaya Anda Bersama Noor Arfa📞

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *