Blog

Baju Kelawar Paling Famous!! Nak Tidur Pun Kena Bergaya?

Untuk mendapatkan tidur yang lebih nyenyak dan selesa, jenis baju dan fabrik yang digunakan penting bagi wanita. Bukan hanya jenis fabrik sahaja, corak yang menarik juga menjadi tarikan utama bagi para wanita. Tahukah anda semua bahawa baju kelawar merupakan pilihan yang paling famous oleh para wanita untuk dijadikan pakaian tidur mereka.

Kalau korang perhatikan pakaian tidur wanita sahaja ada beberapa jenis. Tak macam lelaki, mereka pakai t-shirt jerr pun dah cukup atau mungkin ada sesetengah lelaki tidak berbaju pun semasa tidur.

Hari ini saya ingin kongsikan kepada semua pembaca antara pakaian tidur yang terbaik untuk wanita pakai.

1. Baju Kelawar

Juga dikenali sebagai kaftan merupakan baju tidur yang wujud dan dipakai oleh orang dulu-dulu. Selalunya mak mak je yang pakai baju kelawar ni. Tapi untuk zaman sekarang, turut dipakai oleh semua jenis umur malah kanak-kanak pun ada yang pakai baju kelawar. Bentuk rekaan baju kelawar yang agak loose memberikan keselesaan kepada si pemakai untuk bergerak dengan bebas. Apa yang lebih menariknya, baju kelawar masa kini dijadikan fesyen dan bukan lagi semata mata untuk dibuat tidur. Yang lebih lucunya lagi, kaum lelaki pun ada yang dah mula pakai baju kelawar! Selesa sangat agaknya.  

2. Pyjamas

Kebiasaannya baju tidur pyjamas ini diperbuat daripada kain jenis satin. Jadi ia dapat memberikan keselesaan pada pemakai sebab kainnya yang sejuk, licin dan halus. Kain berjenis satin merupakan pakaian yang seakan sutera tetapi harganya jauh lebih murah daripada kain sutera. Kalau Maduners nak nampak macam mewah atau have have sikit boleh cuba pakai pyjamas.

3. T Shirt & Seluar

Bagi pilihan yang ini agak biasa dipakai oleh wanita. Ada yang memakai t-shirt dengan seluar panjang dan ada yang memakai dengan seluar pendek. Itu bergantung pada keselesaan korang. Pemilihan pakaian yang dibuat mengikut pada keadaan cuaca juga. Kalau cuaca sejuk takkan korang nak pakai seluar pendek pula. 

Ini dia antara pakaian tidur wanita yang korang boleh pilih ikut keselesaan masing-masing. Apa-apa pun dah selesa tidur jangan sampai terlanjur tidur!

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *