Blog

Confident Level Tahap Dewa – Beli kat Shoppe ke??

Perkara terpenting dalam kehidupan kita adalah keyakinan diri. Malah jika kita tiada confident level yang bagus, agak sukar untuk melibatkan diri dengan pekerjaan dan kegiatan harian. Contohnya, seorang cikgu takkan mampu mengajar di hadapan sebilangan pelajar jika beliau tidak mempunyai confident level yang bagus. Berikut adalah antara langkah-langkah untuk membina keyakinan diri.

Pemilihan Pakaian Memainkan Peranan Penting Untuk Tampil Yakin
Pemilihan Pakaian Memainkan Peranan Penting Untuk Tampil Confident
• Kenali personaliti diri anda

Belajar untuk kenali diri sendiri terlebih dulu. Kaji kekurangan dan kelebihan diri yang akan membantu anda lebih berketerampilan sekali gus meningkat semangat untuk sentiasa ke hadapan.

• Tetapkan matlamat personaliti yang jelas

Matlamat yang jelas membantu hala tuju seseorang untuk tampil lebih yakin dan memukau. Dalam hidup, seseorang itu perlu ada matlamat yang tepat untuk memudahkannya mencapai apa diinginkan.

• Berpakaian sesuai mengikut T.O.P (masa, acara dan tempat atau ‘time, occasion, place’)

Berpakaian sesuai mampu menaikkan kredibiliti dan menjadi diri anda dihormati. Walaupun ini lebih kepada membina faktor dan tarikan luaran, namun perlu diingatkan penampilan harian memainkan peranan besar dalam mendapatkan kepercayaan orang lain sekali gus meningkat tahap keyakinan diri.

• Bahasa tubuh yang meyakinkan

Bahasa tubuh yang tepat mampu mempengaruhi tanggapan pertama orang di sekeliling anda. Sentiasa fokus dan yakin dengan diri sendiri serta jangan bersikap malu tanpa sebab ketika berdepan dengan khalayak.

• Zahirkan karakter yang disenangi

Fahami etika dan sentiasa praktikkan dalam kehidupan seharian. Cuba bersikap riang dan memahami individu sekeliling. Jangan mengikut emosi anda sendiri terutama apabila berada dalam kelompok yang besar.

• Penggunaan bahasa atau komunikasi berkesan

Ia mampu memberi impak besar kepada orang lain dalam menyampaikan maklumat. Cara seseorang itu berkomunikasi memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian kerana ia menentukan sama ada individu itu mudah didampingi atau sebaliknya.

• Tambah ilmu dan kemahiran

‘Beauty with brain’ – kehebatan luaran seiring dengan kehebatan dalaman. Tidak ada gunanya memiliki wajah yang cantik namun tidak seimbang dengan cara pemikiran dan tingkah laku. Segalanya berkait rapat dan cuba jadikan diri anda individu yang bukan hanya cantik dipandang malah berpengetahuan serta mudah didampingi.

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua pembaca. Terima kasih kerana telah meluangkan masa untuk membaca coretan ini.

Noor Arfa
Senyuman KebahagiaanMu 💜

Dapatkan Outfit Yang Menarik Dan Selesa Untuk Kelihatan Yakin Sepanjang Hari. Hanya Klik 👉🏻 Di Sini

Sumber: HMetro

Related Posts

Leave a Reply