Blog

Layak Ke Jadi Lelaki Tapi Tak Reti Pakai Sarung/Kain Pelikat

Kain pelikat @ Sarung pelikat dan kaum lelaki tidak dapat dipisahkan bagi masyarakat di negara Asia. Seperti yang dinyatakan diperkongsian “Asal Usul Sarung Pelikat” pemakaian sarung pelikat sangat meluas di negara seperti Malaysia, Indonesia dan India. Oleh itu, sering kedengaran ayat-ayat sindiran seperti ” layak ke jadi lelaki tapi tak reti pakai sarung pelikat?? Ayat ini selalu diungkapkan apabila terdapat segelintir kaum lelaki yang kurang mahir untuk memakai kain pelikat.

Nampak macam senang dan simple je kan? Tapi sebenarnya ada juga antara kita yang kurang tahu cara pemakaian sarung pelikat yang betul. Bukan hanya sekadar sarung dan belit sesuka hati je tau. Belit pun ada caranya.

Sebenarnya, senang sahaja hendak pakai sarung pelikat dengan betul. Di sini saya sertakan cara-cara pemakaian untuk memakai sarung pelikat dengan betul. Cara-cara ini boleh dipraktikkan untuk dipakai ketika hendak solat atau santai-santai di rumah.

Layak Ke Jadi Lelaki Tapi Tak Reti Pakai Sarung/Kain Pelikat - Cara pemakaian Sarung Pelikat
Cara-cara Pemakaian Sarung Pelikat Yang Kemas

Haaa.. Macam mana perkongsian cara-cara pemakaian sarung pelikat yang betul? Mudahkan. Mudah sebenarnya apabila kita sudah tahu caranya. Dengan cara pemakaian yang betul, risiko untuk sarung terlondeh ketika solat tidak akan berlaku lagi. Itulah pentingnya untuk ketahui cara-cara yang betul. Bukan hanya sekadar belit dan asal siap sahaja. Bab kata pepatah melayu “malu bertanya, sesat jalan”.

Semoga perkongsian ini dapat memberi dan berkongsi manfaat kepada semua pembaca. Saya amat berbesar hati jika pembaca-pembaca ingin berkongsi dengan rakan-rakan lain yang masih belajar cara-cara untuk memakai sarung pelikat ini. Terima kasih saya ucapkan di atas meluangkan masa untuk membaca ruangan Blog Noor Arfa. Sekian, terima kasih.

Noor Arfa,
Senyuman KebahagiaanMu 💜

Berminat untuk mendapatkan sarung pelikat dengan material FC Cotton, klik 👉🏻 Sarung Pelikat By Noor Arfa

Related Posts

One thought on “Layak Ke Jadi Lelaki Tapi Tak Reti Pakai Sarung/Kain Pelikat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *