Blog

Confirm Ramai Yang Nak Tutorial Lepas Ni

Tutorial memakai tudung bawal menjadi salah satu topik yang menarik pada saat ini, hijab tidak hanya merupakan simbolik para muslimah, tapi juga sudah menjadi salah satu keperluan fesyen. Mengapa sebenarnya tudung bawal ini dikatakan tidak lapuk dek zaman ya. Ini kerana kebiasaan fabrik kain yang digunakan adalah sangat mudah dijaga, Bercakap tentang tudung, hari ini saya akan kongsikan tentang tudung yang agak popular di kalangan wanita iaitu tudung bawal.

Tudung bawal kini semakin mudah untuk digayakan. Ia boleh digayakan dengan pelbagai cara  yang pastinya akan menyerlahkan keayuan si pemakai. Malah ia juga mudah dibentuk kerana ukurannya yang berbentuk segi empat sama. Kebanyakan tudung bawal di pasaran adalah dari material kain-kain yang berbeza. Selain dari mudah digayakan, tudung bawal juga antara tudung yang mampu menampilkan pelbagai gaya yang menarik.

Penggayaan tudung bawal amat universal. Boleh dipakai sama ada hendak ke pejabat, menghadiri acara formal dan majlis serta berhibur di hujung minggu. Oleh itu, saya ingin kongsikan beberapa tutorial pemakaian tudung bawal yang sesuai dipakai untuk ke mana sahaja.

Tutorial 1:
  1. Lipatkan tudung bawal anda menjadi 3 segi lalu pin kan tudung bawal anda dileher. Pastikan tudung bawal anda sebelah panjang dan sebelah pendek.
  2. Tarik bahagian panjang tudung ke belakang.
  3. Lalu gunakan jarum peniti supaya tudung tidak bergerak.
  4. Kemaskan bahagian yang sudah diletak jarum peniti.
  5. Seterusnya bahagian pendek tudung ditarik dengan kemas di bahagian hadapan.
  6. Dan pinkan di bahagian bahu.
  7. Tutorial dah siap😍
Tutorial 2:
  1. Lipat tudung bawal menjadi tiga segi dengan bahagian dalam sedikit pendek dan bahagian luar sedikit panjang.
  2. Letakkan di atas kepala.
  3. Pinkan di bahagian leher.
  4. Pastikan tudung belah kanan lebih singkat berbanding belah kiri.
  5. Bahagian kiri yang labuh ditarik ke depan dan dililit ke atas kepala dan dipinkan di bahagian telinga kiri.
  6. Untuk lebih kemas, pinkan tudung di kiri dan kanan bahu anda.
  7. Tutorial dah siap 😍

Satu hal yang penting juga adalah sesuaikan warna tudung dengan warna baju yang digunakan. Tidak salah untuk bergaya tapi jangan sampai merasa tidak selesa dek kerana salah memilih warna. Ingat, selain nampak bergaya, keselesaan adalah perkara yang paling penting! Sekian sahaja antara tutorial pemakaian tudung yang sederhana namun tetap sesuai cantik dan manis digayakan. Semoga tutorial memakai tudung bawal ini dapat membantu anda diluar sana mempelbagaikan gaya berhijab anda. Selamat mencuba!!!

BERMINAT UNTUK DAPATKAN OUTFIT SEPERTI DI ATAS, BOLEH KLIK 👉🏻 DI SINI

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *