Blog

Jangan Biarkan Stress Menguasai Diri Jika Taknak Ini Berlaku

Pernah tak rasa tidak berdaya untuk melakukan apa-apa tentang stres yang kita hadapi? Tekanan berlaku apabila kita mula merasakan bahawa keinginan mengatasi kemampuan diri. Sebahagian tekanan boleh menjadi perangsang yang memotivasikan diri untuk menempuhi situasi sukar seperti peperiksaan ataupun tarikh tamat tempoh sesuatu kerja. Namun, jangan biarkan stress menguasai diri jika taknak perkara-perkara yang buruk berlaku. Stress yang melampau boleh memberikan kesan negatif kepada kesihatan. Antaranya boleh menjejaskan sistem neuroendokrin, imun, kardiovaskular, dan saraf tunjang.

Jangan risau… Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya, apa yang penting adalah cara untuk menguruskan stres terutamanya terhadap pemikiran, gaya hidup, emosi dan cara menyelesaikan masalah. Oleh itu, harini saya kongsikan 5 cara untuk mengatasi stres secara sihat. Kajian psikologi membuktikan bahawa cara ini mampu mengurangkan tekanan sama ada jangka masa pendek atau panjang.

5 Cara Mengatasi Stress

1. Elakkan diri dari punca stres

Berusaha untuk mengelakkan diri dari punca stress. Dengan itu, kita akan mempunyai masa untuk melakukan perkara lain. Ini akan membantu anda untuk memperoleh kemahiran baru atau untuk mengurangkan rasa lemas dengan masalah yang ada. Meluangkan masa untuk diri sendiri selama 20 minit sudah cukup membantu.

2. Bersenam

Kita selalu mendengar manfaat yang diperolehi daripada rutin senaman berkala. Cukup sekadar 30 minit berjalan, berlari, melakukan yoga di semasa dalam tempoh stres boleh memberi kesan segera yang berkekalan sehingga beberapa jam.

3. Senyum dan gelak
Momen Bersama Insan Tersayang Mampu Mengurangkan Stress

Sistem saraf kita berhubung antara emosi dan ekspresi muka. Oleh itu, sewaktu dalam keadaan stres, kita akan mempamerkan muka stres. Senyum dan gelak boleh membantu mengurangkan sedikit tekanan dan masalah yang dihadapi. Carilah aktiviti atau teman yang mampu memberikan aura kegembiraan buat anda.

4. Dapatkan sokongan sosial

Hubungi rakan-rakan, ahli keluarga ataupun carilah pakar psikologi. Berkongsi perkara yang membuatkan kita tertekan bersama dengan orang lain membantu melegakan tekanan yang dialami. Jika berasa tidak selesa untuk berkongsi bersama orang sekeliling tahu tentang masalah yang dihadapi, digalakkan untuk berjumpa dengan pakar psikologi. Namun, sangat penting bagi anda untuk memilih rakan yang dipercayai bagi meluahkan masalah anda.

5. Bertafakur

Bertafakur boleh membantu mengatasi stress dengan menenangkan minda dan tubuh supaya tetap fokus. Ia juga membantu untuk mencipta satu ruang di antara pemikiran dan reaksi supaya tidak terus-menerus melakukan perkara yang tidak berfaedah. Dengan bertafakur, manusia boleh melegakan perasaan yang menyebabkan tubuh fizikalnya tertekan. Seperti senaman, kajian telah menunjukkan bahawa bertafakur sebentar boleh memberikan kelegaan segera kepada diri. Perkara yang membuatkan seseorang stres mungkin tidak memberikan tekanan yang sama pada orang lain. Dengan menemui cara hilangkan stres yang positif dan sihat, banyak kesan-kesan buruk pada kesihatan dapat dielakkan.

Kesimpulannya,menguruskan tekanan sangat penting untuk diri kita. Bukan sahaja dari sudut emosi, tetapi fizikal dan mental juga. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua pembaca kesayangan saya. Terima kasih kerana telah meluangkan masa untuk membaca perkongsian ini. Semoga kita semua sentiasa dilindungi daripada perkara yang tidak diingini.

Noor Arfa
Senyuman KebahagiaanMu💜

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *