Blog

Kebahagiaan Bersama Tersayang

Setiap orang mengimpikan kehidupan yang bahagia bersama orang sekeliling. Setiap hari yang dilalui bersama harapan agar menjadi saat-saat yang manis dan indah untuk dikenang. 

Bagaimana mencari bahagia?

Menurut Al- Farabi, kebahagiaan adalah sesuatu yang dirindui oleh setiap orang kerana ia adalah kebaikan paling besar antara segala kebaikan yang ada. Hamka pula berpendapat kebahagiaan itu mempunyai sejumlah kaedah dan pengalaman seseorang. 

Siapa yang ada di sekeliling  kita?

Orang yang paling dekat pastinya ahli keluarga. Kemudian barulah kawan-kawan atau kenalan. Dua entiti ini yang mencorakkan hidup kita dengan momen-momen tertentu. Kita sendiri sebagai penentu untuk memilih bagaimana momen itu berlaku.

Yang kedua, kawan-kawan. Memilih kawan-kawan adalah hak setiap manusia. Mereka sebagai pelengkap hidup ketika kita berjauhan dengan ahli keluarga. Memiliki kawan-kawan yang baik adalah impian setiap orang.

Mencipta momen indah bersama orang tersayang di sekeliling kita tak akan sia-sia. Jangan pernah jemu melayani mereka dengan kasih sayang dan empati. Kelak, apabila Tuhan memisahkan kita dengan dua dunia berbeza, pasti rindu menebal. Saat itu, hanya kebaikannya boleh diingati sebagai tanda penghargaan. Penghargaan yang sudah terlewat.

Selagi masih bernyawa, hargai setiap insan di sekeliling

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *