Blog

Tips Sedondon Bersama Ke Majlis

Masyarakat Malaysia yang sememangnya terkenal dengan budaya negara dan pakaian yang unik. Budaya dapat dimaksudkan dengan cara hidup manusia termasuk hasil ciptaan dan pemikiran yang sesuai dengan kehendak rohani dan jasmani yang menjadi amalan untuk kesejahteraan hidup sesuatu kelompok masyarakat.

Pemilihan warna juga adalah sangat penting dan amat di titikberatkan kerana ,kita tidak mahu kelihatan lebih menonjol berbanding dengan Raja Sehari(Pasangan Pengantin). Itu sudah semestinya. Pemilihan warna yang sepadan dan juga sedondon boleh memberikan kesan yang baik bagi gambar yang diambil pada sesebuah majlis itu.

Kebiasaannya, pemakaian sedondon di majlis keramaian seperti ini dapat membezakan antara pihak rumah pengantin, rakan-rakan terdekat dengan tetamu yang lain.

Dengan wujudnya pemakaian sedondon ini, ia dapat membantu tetamu untuk berinteraksi dengan tuan rumah dengan lebih baik dan juga sebagai pelengkap memori apabila sesi bergambar bersama pengantin. Ia mampu menunjukkan suasana yang penuh dengan keriangan untuk tatapan di masa hadapan.

Wah, macam – macam budaya masyarakat malaysia kini kan? Ambil yang positif dan buang budaya yang negatif okay. Yang penting, Malaysia akan terus aman dan damai sentiasa.

Sekian dari min – Senyuman KebahagiaanMu 💜

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *