Blog

KENALI WARNA DAN PERSONALITI

Tahukah anda warna memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan kita. Hal ini kerana warna bukan hanya sebagai elemen keceriaan tetapi turut memaparkan keperibadian dan emosi seseorang.

Oleh sebab itu, pemilihan warna memberikan banyak perkaitan antara personaliti dan psikologi. Jadi macam mana warna-warna ini berfungsi dan mempengaruhi personaliti seseorang?

Jingga – Melambang personaliti yang ceria & menyeronokkan. Individu ini mungkin seorang yang suka bersosial atau seorang extrovert  yang menyukai deep conversation.

Jingga mempunyai elemen keceriaan, dimana melambangkan emosi seorang yang ceria

Kuning – Seorang yang sentiasa mempunyai semangat yang positif dan optimistik. Personaliti mereka yang ceria dan menenangkan memyebabkan orang sekeliling selesa untuk berdamping dengannya.

Kuning menunjukkan emosi seseorang yang sentiasa bersemangat

Biru – Mereka yang menyukai warna biru merupakan seorang yang setia pada pasangan dan pandai menyimpan wang. Mereka seorang yang mempunyai keinginan yang kuat serta jenis yang suka berterus terang, jujur dan cekap.

Ungu – Bagi mereka yang menyukai warna ungu, mereka seorang yang pemurah dan sukakan kebebasan. Mereka tidak suka menerima arahan. Selain itu, mereka seorang yang berinisiatif, bijak namun agak beremosi. Mempunyai keinginan yang kurang dan bersederhana.


Konklusinya, segala maklumat yang diberi diatas merupakan salah satu kajian yang dibuat sahaja. Sama ada anda hendak mempercayainya, adalah terpulang kepada individu masing-masing. Semoga anda mendapat manfaat dari perkongsian ini.

Sekian dari min ~ ~Senyuman KebahagiaanMu 💜

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *