Blog

Tips Mendidik Anak-Anak

Anak adalah amanah dari Tuhan sendiri, tapi segelintir ibu bapa lebih membiarkan naluri dan pengalaman silam menentukan cara didikan mereka. Kalau ditanyakan pada semua ibu bapa, masing-masing mempunyai tips atau cara tersendiri yang mereka percaya paling berkesan dalam mendidik anak-anak.

Banyak bersabar dan pandai kawal emosi
Ramai ibu bapa berharap mereka mempunyai kesabaran yang tinggi terutamanya ketika berhadapan dengan tingkah laku anak yang tidak dapat diduga atau dikawal. Semua orang mempunyai tahap kesabaran masing-masing dan situasi yang mencabar kesabaran tidak selalu dapat dielakkan, namun sebagai orang yang lebih dewasa dan matang, ibu bapa perlu cuba mengawal emosi supaya boleh bertindak balas dengan wajar.

Beri perhatian pada minat anak
Apabila sesi pembelajaran melibatkan topik yang anak minat, proses pembelajaran akan jadi lebih seronok. Senang saja nak bantu anak-anak jadi lebih bersemangat ketika belajar, libatkan topik dan subjek yang mereka minat dalam sesi pembelajaran

Beri anak ruang untuk belajar dari kesilapan.
Tetapkan batasan, tapi jangan pula terlalu mengongkong keinginan semula jadi anak untuk meneroka. Ajar mereka bahawa setiap tindakan ada akibatnya. Apabila anak-anak diberi peluang untuk meneroka persekitaran dan hubungan mereka dengan orang sekeliling, mereka dapat mengembangkan kemahiran sosial dan emosi dengan berusaha untuk memperbaiki kesilapan

Biarkan anak -anak mencuba perkara baru

Siapa yang tak ingin melihat anak mereka membesar menjadi individu yang berguna kan? Itulah satu-satunya ganjaran paling memuaskan setelah bertahun merasa penat lelah memastikan anak-anak mendapat pendidikan yang terbaik. 

Sekian dari min ~ ~Senyuman KebahagiaanMu 💜

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *