Blog

Nampak Remeh, Tapi Boleh Jadi Penghalang Jika Tidak Betul.

Nampak seperti perkara remeh, tetapi kadang-kala masih wujud golongan yang tersasar dalam memilih pakaian YANG BETUL untuk ke pejabat, yang membuatkan orang lain berasa sakit mata memandang. Setiap hari kita akan berpakaian dengan gaya tersendiri ke pejabat. Tiada sesiapa dapat menafikan bahawa gaya pemakaian seseorang individu memainkan peranan yang amat besar di tempat kerja. Cara berpakaian atau penampilan seseorang pekerja biasanya menarik perhatian majikan mereka dan ada juga ada masanya dimana ia menjadi faktor penghalang seseorang itu tidak boleh pergi jauh dalam bidang kerjaya mereka.

Oleh itu, untuk membantu anda tampil sempurna dengan gaya yang sesuai ke pejabat, berikut merupakan 5 tips pemakaian yang boleh anda jadikan sebagai panduan:

1. Kenal pasti cara pemakaian pekerja di pejabat anda

Sekiranya anda masih baru berkerja, cuba teliti atau analisa cara pemakaian pekerja-pekerja lain di pejabat anda. Sekiranya mereka boleh santai dan bersahaja, jadi cara pemakaian kita tidak perlulah terlalu formal. Tetapi sekiranya majoriti pekerja memang mempunyai kod atau etika berpakaian, jadi anda juga seharusnya mengikuti tata tertib yang telah ditetapkan.

2. Pakai saiz pakaian yang betul

Penting untuk anda memakai pakaian dengan saiz yang betul. Jangan pakai pakaian yang terlalu ketat atau terlalu longgar kerana keduanya mencacatkan penampilan anda.

3. Jangan bergaya terlalu seksi

Penting untuk anda membezakan koleksi pakaian yang kurang sopan dan koleksi pakaian yang elegan. Bergaya dengan pakaian yang kurang sopan di pejabat boleh memberikan tanggapan bahawa anda kurang professional dan menyebabkan gangguan – gangguan lain yang tidak diingini.Buat wanita misalnya, baju paling ‘selamat’ adalah baju kurung. Namun tidak salah untuk kadang – kala menggayakan blouse dan skirt/seluar slack dengan corak yang sesuai. Yang penting sarung je pasti tampak elegant dan ‘MAHAL’!😉

4. Pilih jenis pakaian yang tidak bercorak terlalu ‘heavy’ dipandang mata

Pastikan pakaian anda tidak kelihatan seperti ingin pergi ke pasar atau ke pusat membeli-belah. Sebaik-baiknya,pilih koleksi pakaian dengan rekaan dan corak yang minimal, namun masih tetap ‘anggun’.Gayakan seadanya, anda akan tampak elegan dan berasa yakin. Dengan Sarung dari Noor Arfa, boleh “customade” untuk dijadikan pelbagai design. Confirm nampak Proffesional!

5. Buat wanita, berhijablah dengan sempurna

Pilih hijab dengan warna yang padan dengan busana anda. Labuhkan ia seadanya menurut panduan menutup aurat yang sebenar (menutup belahan leher dan bahagian dada dengan sempurna,dilabuhkan dan tidak jarang). Gayakan hijab seadanya, selagi profesionalisme anda tidak dipersoalkan. In shaa Allah.

Sekian sahaja perkongsian untuk hari ini & terima kasih kerana telah meluangkan masa untuk membaca perkongsian ini. Semoga kita sama sama mendapat manfaat daripada yang telah kongsikan ini.

INGIN DAPATKAN PAKAIAN HARIAN UNTUK KERJA, KLIK 👉🏻 DI SINI

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *