Blog

Cita-cita Kita Untuk Akhirat?

Cita-cita sering dikaitkan dengan pekerjaan atau apa yang seseorang ingin jadi pada masa depan. Jika ditanya kepada anak kecil apakah cita-cita mereka, jawapan yang akan diberikan ialah berkaitan apa yang mereka ingin jadi ketika besar nanti.

Jika ditanya kepada orang yang dewasa tentang cita-cita, mungkin ada yang menjawab matlamat atau sumbangan yang nak ditinggalkan di dunia ini. Nak jadi macam-macam, nak buka perniagaan, nak dapat jumlah wang yang tertentu setiap bulan dan bermacam lagi.

Tapi macam mana pula cita-cita untuk akhirat? Apa cita-cita kita bila berkait dengan hal-hal agama?

Teladani Cita-cita Para Sahabat Untuk Islam

Seorang sahabat Nabi bernama Rabi’ah bin Ka’ab Al-Aslami pernah ditanya tentang keinginannya oleh Rasulullah SAW. Lalu beliau menjawab ingin menemani baginda di syurga!

Saidina Umar RA. pula pernah bercita-cita agar rumahnya dipenuhi pemuda-pemuda seperti Abu Ubaidah Ibn Al-Jarrah, Muaz bin Jabal, Salim Maula Abi Huzaifah dan Huzaifah Ibn al-Yaman. Mereka ialah nama-nama besar yang pernah berkorban nyawa untuk Islam, bahkan Abu Ubaidah ialah salah seorang sosok yang dijamin syurga.

Lihat bagaimana cita-cita para sahabat untuk agama Islam. Mereka ingin sesuatu yang dapat memberikan manfaat bukan hanya kepada diri tetapi agama.

Alhamdulillah. Diberi Peluang. Melakukan Aktiviti & Melawat Anak Yatim Di Rumah Anak Yatim Baitul Sakinah Bersama Staff Noor Arfa .
Cita-cita Perlu Berganding Dengan Usaha

Ada yang kata, kemampuan dirinya kurang, tidak kaya untuk buat perkara-perkara besar. Tapi cita-cita untuk agama tidak semestinya sama dengan orang lain. Buatlah apa yang kita mampu usahakan. Yang penting, ia adalah cita-cita yang diinginkan untuk agama Islam.

Aktiviti Usrah Bulanan Yang Diamalkan Di Noor Arfa

Cita-cita untuk agama boleh jadi apa sahaja. Beri sedekah beberapa ringgit setiap bulan. Ajar kanak-kanak mengaji secara percuma. Menyebarkan ilmu yang bermanfaat melalui pelbagai platform media sosial. Atau mengembangkan perniagaan hingga dapat keluarkan zakat berpuluh ribu ringgit setahun.

Cita-cita ini bukan hanya dapat memberi manfaat di dunia malah dijanjikan dengan ganjaran yang besar di akhirat kelak. Justeru, cita-cita untuk akhirat perlu bermula dari sini, dari dunia.

Orang yang hatinya bercita-cita untuk kehidupan baik di akhirat, untuk perjalanan yang mudah melalui hisab, untuk perjalanan yang lancar melalui sirat, dan ingin masuk ke syurga, perlu memastikan usaha di dunia ini selari dengan apa yang dimahukan kelak.

Kata Allah dalam Surah Al-Hasyr ayat 18, orang yang beriman dan bertakwa kepada Allah, dia mesti memerhatikan apa usaha yang telah dilakukan untuk bekalan hari akhirat. Dalam kata lain, dia sentiasa mencari tahu apa yang perlu dilakukan di dunia ini yang boleh membawa keuntungan di hari akhirat kelak.

Sekian sahaja perkongsian untuk hari ini. Semoga kita semua sentiasa berada di dalam rahmat Allah. Terima kasih kerana telah meluangkan masa untuk membaca perkongsian ini.

Sumber : Tzkrh

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *