Blog

Mewarna Batik? Rasai Sendiri Pengalamannya

Tahu tak antara aktiviti yang menjadi pilihan utama di Noor Arfa Craft Complex (NACC) ??? Haaa, menariknya di NACC ialah anda dapat merasai dan mencuba sendiri pengalaman mencanting dan mewarna batik.

Bagi memudahkan pengunjung, kami juga menyediakan kit batik dengan kepelbagaian corak dan motif. Antaranya tumbuh-tumbuhan, pemandangan, haiwan, bunga-bungaan, animasi dan bangunan pencakar langit.

Dengan kit batik tersebut, pengunjung boleh mencanting dan mewarna corak batik pilihan mereka menggunakan peralatan yang disediakan pihak Noor Arfa Craft Complex seperti pen mencanting, berus dan palet mewarna. Selain itu, kit batik tersebut didatangkan dengan pelbagai saiz, bermula saiz kecil sehingga saiz besar, yang mana pengunjung boleh membawa pulang sebagai kenangan setelah siap hasilnya.

Pengunjung yang berhasrat untuk merasai pengalaman itu, pengunjung boleh membuat tempahan melalui WhatsApp atau mana-mana laman media sosial Noor Arfa terlebih dahulu atau boleh terus walk in ke Noor Arfa Craft Complex.

KELEBIHAN MEWARNA

Seperti yang diketahui, mewarna adalah alat pendidikan yang kuat yang merangsang pembangunan keseluruhan kanak-kanak. Ia merupakan satu aktiviti yang penting yang meningkatkan kemahiran motor kasar kanak-kanak. Malah mampu meningkatkan pertumbuhan mental mereka. Aktiviti mewarna salah satu aktiviti yang menyeronokkan untuk kanak-kanak dari semua peringkat umur. Garis-garis berwarna yang muncul sebagai hasil dari aktiviti mereka memberikan mereka rasa pencapaian. Kebaikan daripada aktiviti mewarna ialah meningkatkan tahap tumpuan kanak-kanak. Malah mampu mengenalkan kepelbagaian warna kepada kanak-kanak dan mencungkil daya kreativiti.

Haaa, menarikkan?? Habis tu nak tunggu apalagi. Jom rasai sendiri pengalaman mewarna batik di NACC. Jika anda tidak berpeluang atau tidak berkesempatan untuk datang ke NACC, jangan risau. Anda boleh dapatkan Batik Kit di Website Noor Arfa dan lakukan aktiviti ini di rumah anda. Sekian sahaja perkongsian untuk hari ini. Terima kasih kerana telah meluangkan masa untuk membaca perkongsian ini.

JOM DAPATKAN BATIK KIT SEKARANG 🌈

Related Posts

One thought on “Mewarna Batik? Rasai Sendiri Pengalamannya

  1. aizuddin bin zakariya says:

    Assalam….boleh saya dapatkan quotation untuk buat program mewarna batik bagi 35 orang dewasa?

Leave a Reply