Blog

Senang Je Rupanya… Kenapa Tak Pernah Tahu Sebelum Ni

Assalamualaikum dan hai semua pembaca. Pernah tak anda mengalami masalah untuk padankan baju dan kain?? Yelah, kot kot lah tergerak hati nak matching kan sendiri baju dan kain. Nak-nak bila trend mix & match sekarang ni kan. Mestilah kita pun nak ikut trend fesyen yang terkini kan. Oleh itu untuk hari ini saya sangat tertarik untuk kongsikan tips untuk mix & match warna untuk outfit anda. Confirm lah lepas baca coretan ni, mesti pembaca semua akan berfikir, senang jer rupanya untuk matching kan outfit ni. Jadi tak perlu khuatir kenapa tak pernah tahu sebelum ni. Kerana saya yakin anda akan mahir untuk mix & match outfit anda selepas ni 😍

So harini kita nak kongsikan macam mana nak mix and match colour outfit. Kita ada dua cara yang boleh tolong korang untuk tampil dengan lebih yakin lepas ni.

1. Warna Monokromatik

Apa monokromatik ni?? Monokromatik ni maksudnya ialah, kita hanya menggunakan satu warna sahaja. Namun menggunakan beberapa tona warna yang berbeza. Contoh tona warna yang berbeza iaitu gelap, terang dan lembut. Warna – warna ini memberikan kesan bersih dan elegan.

Berikut adalah contoh dari skema monokromatik :

Outfit menggunakan skema monokromatik – satu warna sahaja iaitu merah jambu tapi berbeza tona.
2. Warna Kontra

Untuk warna kontra, anda perlu pandai dalam padankan warna yang cerah dan gelap. Contohnya jika anda memakai baju yang berwarna gelap, anda boleh memilih untuk padankan dengan seluar atau kain yang berwarna cerah. Yang penting ialah, ada salah satu gelap dan salah satu cerah. Selain itu, anda juga boleh memilih warna yang paling sedikit di bahagian baju untuk pemilihan kain atau skirt. Jika corak bunga di baju terlalu besar dan penuh, pilih warna tanah baju untuk pemilihan kain atau skirt.

Pemilihan Warna Skirt Dipilih Berdasarkan Warna Tanah Baju.
Pemilihan Baju Dipilih Berdasarkan Warna Yang Paling Sedikit Dibahagian Kain.

Amacam?? Senang je kan cara untuk padankan warna outfit. Tak susah sebenarnya jika kita tahu caranya. Pemilihan outfit yang sepadan juga penting supaya kita tidak dipandang pelik oleh masyarakat sekeliling. Semoga anda mendapat manfaat daripada perkongsian harini. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca coretan ini. Jika anda memerlukan bantuan untuk pemilihan outfit boleh hubungi Customer Advisor kami. Selamat mencuba !

Noor Arfa
Senyuman KebahagiaanMu💜

KLIK 👉🏻DI SINI UNTUK DAPATKAN OUTFIT SEPERTI DI ATAS.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *