Blog

Ada ‘Maksud’ Rupanya Disebalik Cara Pemakaiannya

Batik merupakan sejenis kraftangan yang unggul di Malaysia. Sejak abad ke 15 Masihi manusia telah menemui kaedah pembuatan batik secara tradisional. Pada waktu dulu, masyarakat Melayu menggunakan ubi kentang sebagai alat pengecap tetapi kini kain batik telah diusahakan dengan menggunakan alat-alat moden. Batik mula diperkenalkan di negara kita khususnya di negeri Kelantan sejak tahun 1910. Tahukah anda semua bahawa ada maksud rupanya disebalik cara pemakaian sarung batik.

Motif pembuatan batik pula adalah corak-corak hiasan yang digunakan dalam proses melukis atau menerap batik. Bentuk-bentuk motif batik dihasilkan dalam dua bentuk utama iaitu Motif Organik dan Motif Geometrik. Motif Organik berunsurkan alam semulajadi seperti awan larat, tumbuh-tumbuhan, bunga-bungaan, dan haiwan.

Terlebih dahulu, saya perkenalkan dahulu bahagian yang ada pada setiap sarung batik.

Struktur kain batik sememangnya begitu unik. Gubahan motif yang begitu cantik dan ianya tidak lengkap sekiranya susunan motif di atas kain yang tidak menarik.
Terdapat pelbagai jenis susunan motif pada kain batik yang anda perlu tahu kerana setiap susunan mengandungi makna yang tersendiri yang mungkin anda masih belum tahu.

Sarung batik dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu:
  1. Apit kiri dan apit kanan: Corak yang menghiasi bahagian ini dipanggil susunan menyeluruh dan diilhamkan daripada motif flora.
  2. Gunung kain: Bahagian kain ini juga menggunakan susunan motif yang serupa yang terdapat pada apit kiri dan kanan kain iaitu susunan menyeluruh.
  3. Kepala kain: Kepala kain dihiasi dengan motif pucuk rebung. Motif ini diilhamkan dari pucuk rebung yang mengandungi motif bunga keduduk didalamnya.
  4. Badan kain: Bahagian badan kain pula dihiasi dengan motif flora iaitu motif akar-akar menjalar. Motif ini diilhamkan daripada tumbuh-tumbuhan di dalam hutan yang menjalar.
Mungkin ramai yang masih belum tahu cara pemakaian sarung batik adalah sebenarnya melambangkan identiti anda.

Pemakaian kain batik mempunyai hubungkait secara langsung dengan orang yang memakainya. Seperti di dalam adat Melayu telah menceritakan ianya mempunyai adab dan seni yang tertentu untuk mereka yang memakai kain batik. Cara pemakaian kain batik ini ada dalam adat Tradisional Melayu.

Antara contoh cara pemakaian dan maksud sebaliknya ialah:

1. Kepala kain di belakang melambangkan anda sudah berkahwin
2. Kepala kain di hadapan melambangkan anda seorang anak dara
3. Kepala kain sebelah kanan melambangkan anda seorang janda yang bercerai hidup
4. Kepala kain sebelah kiri melambangkan anda telah kematian suami atau lebih dikenali sebagai balu

Sekian sahaja perkongsian untuk hari ini. Semoga pembaca semua mendapat manfaat daripada perkongsian ini. Terima kasih kerana telah sudi meluangkan masa untuk membaca coretan dari saya.

BERMINAT UNTUK DAPATKAN SARUNG BATIK, KLIK 👉🏻 KOLEKSI SARUNG BATIK

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *