Blog

Tips Memilih Baju Kurung Yang Sesuai

Jom kongsikan sedikit tips untuk memilih baju kurung mengikut bentuk badan. Jangan main beli yang ‘cantik’ di mata jer! Lelaki pun kena ambik tahu juga kalau-kalau nak hadiahkan untuk orang tersayang. Anda seorang yang sukakan baju ready made atau custom made? Tak kisahlah ready made atau custom made, yang penting baju tersebut sesuai dengan anda.

  • Baju Kebarung
    Sangat sesuai untuk wanita yang berbadan kurus mahupun gempal. Ciri-ciri yang terdapat pada baju kebarung mempunyai keunikkannya tersendiri. Antaranya, berpotongan longgar dan labuh yang memberi keselesaan, bahkan memperlihatkan gaya sopan dan anggun si pemakai.
  • Baju Kurung Mini/Moden
    Jika mahu tampil sedikit berbeza tapi masih mahu kelihatan ayu ketika bertemu sanak-saudara, beralihlah ke penggayaan baju kurung mini/moden. Agak menonjolkan siluet tubuh berbanding rekaan baju kurung yang loose. Ringkasnya sangat sesuai untuk semua wanita.
  • Baju Kurung Kedah
    Sesuai untuk wanita yang rendah dan kecil. Pastinya akan memberikan ilusi yang lebih tinggi.
  • Potongan Duyung
    Potongan ini akan beri keseimbangan pada bahagian bawah. Tentunya sangat sesuai untuk mereka yang berbadan kurus, besar bahagian atas dan ‘tiada pinggang’.
  • Kebaya Pendek
    Bagi anda yang mempunyai bentuk tubuh yang lurus, cubalah memilih kebaya moden dengan hiasan di bahagian pingang atau pinggul. Tentu saja akan memberi sedikit ilusi menarik dan lekuk tubuh.

Semoga bermanfaat memilih baju yang sesuai untuk anda nanti. Bukan saja menarik, bahkan selesa untuk dipakai ke sana ke mari.

Sekian dari min ~ ~Senyuman KebahagiaanMu 💜

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *