Blog

Tips Memilih Warna Pakaian Berdasarkan Bentuk Badan

Pernah tak mengalami masalah dalam menentukan warna pakaian? Selalunya kaum wanitalah yang selalu mengalami masalah ini. Terutamanya sektor pekerjaan yang memerlukan pemakaian baju yang formal seperti berbaju kurung. Antaranya cikgu-cikgu yang setiap hari perlu berbaju kurung ke sekolah. Jadi untuk hari ini, saya ingin kongsikan tentang Tips Memilih Warna Pakaian Berdasarkan Bentuk Badan.

Badan gempal dan tinggi

Individu seperti ini sesuai menggayakan baju bewarna gelap seperti warna hitam, coklet gelap, biru gelap, hijau gelap kerana warna-warna ini mampu membuatkan anda kelihatan langsing. Serlahkan juga penampilan anda dengan corak bunga-bunga kecil. Untuk kelihatan ceria anda harus bijak bermain dengan warna. 
Awas, elakkan memakai pakaian warna terlalu terang dan corak bunga yang besar kerana ia akan menampakkan kegempalan anda.

Badan kurus dan rendah

Jika anda golongan ini, serlahkan penampilan anda dengan menggayakan warna baju yang lebih cerah dan corak bunga yang sedikit besar. Corak garis menegak sesuai dipakai supaya anda nampak lebih tinggi.  Lengkapkan penampilan anda dengan memakai kasut tinggi wedges, ia mampu membantu menambahkan ketinggian dan pastinya anda akan kelihatan lebih elegan dan trendy.

Badan kurus dan tinggi

Untuk individu yang berbadan kurus dan tInggi, anda sesuai memakai warna cerah seperti merah jambu, merah, kuning, oren, hijau, biru muda dan coklat serta boleh juga menggayakan corak melintang dan bercorak bunga yang besar pada baju bagi mengurangkan anda dilihat terlalu kurus. Corak melintang dan besar mampu memberi gambaran bahawa anda lebih berisi.

Untuk yang masih buntu dalam memilih pakaian yang sesuai, boleh dapatkan bantuan Perunding Imej kami ya 🥰 Terima kasih kerana sudi membaca perkongsian tips ini. Semoga pembaca – pembaca sekalian mendapat manfaat dari perkongsian ini 😍

Sekian dari min ~ ~Senyuman KebahagiaanMu 💜

Berminat untuk dapatkan outfit seperti di atas, Jom klik link 👉🏻 DI SINI sekarang

Related Posts

Leave a Reply