Blog

Tips Matching Warna Tudung Dengan Baju

Hai semua. Siapa antara yang membaca ni selalu mempunyai masalah matching antara tudung dan baju?? Cuba komen sikit. Seperti kebiasaan, perkara pertama yang dilakukan para wanita terutamanya para cikgu adalah mencari baju dulu. Yang kedua baru cari tudung kan. Jadi harini saya ingin kongsikan 1 perkongsian yang dibaca di Facebook tentang pemilihan warna untuk tudung dan baju. Moga menjadi inspirasi kepada kaum wanita khusus pembaca blog Noor Arfa yang belum baca tentang Tips Matching tudung dengan baju.

Warna Romantik

Ton warna yang sangat lembut. Siapa saja yang mengenakan ton warna ini akan automatik terlihat manis jer. Malah ton warna sweet sesuai untuk di matching dengan semua warna

Warna Sweet

Ton warna sweet lebih menyerupai ton warna romantik. Namun, ianya serupa tapi tidak sama. Ini kerana ton warna sweet lebih kepada warna pastel. Namun warna ini juga cantik dan mudah untuk di matching kan dengan semua warna baju.

Warna Beautiful

Ton warna yang terang. Kebiasaannya tidak ramai yang memilih ton warna yang terang kerana bimbang akan menyebabkan muka terlihat lebih gelap dari kebiasaan. Tetapi sebenarnya kenyataan tersebut adalah tidak benar. Ton warna beautiful juga mampu menaikkan seri wajah anda.

Warna Gorgeous

Ton warna yang sangat ‘Bold’ atau bab kata orang melayu, warna yang sangat berani. Istimewanya warna ini akan membuatkan si pemakai begitu anggun malah mampu menaikkan warna baju yang dipakainya.

Pemilihan warna tudung yang sesuai mampu menaikkan lagi seri wajah serta pakaian yang dipakai.Semoga perkongsian untuk tips di atas dapat membantu para cikgu dan para wanita di luar sana yang mempunyai masalah dalam menyesuaikan baju dan tudung. Semoga dapat memberi idea yang baik kepada semua pembaca kesayangan saya 😍 Jika ingin mendapatkan bantuan untuk mencari outfit ready berserta tudung, boleh hubungi Perunding Imej kami yer 💕

Sekian dari min ~ ~Senyuman KebahagiaanMu 💜

Jika anda berminat dengan outfit seperti di atas, boleh dapat dengan klik link 👉🏻 DI SINI

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *