Blog

Apa Kelebihan Yang Diperolehi Jika Pakai Sedondon?

Pernah tak terfikir apakah kelebihan jika pakai sedondon bersama keluarga?? Banyak kelebihan yang akan kita dapat apabila berpakaian sedondon.

1. Semangat kekeluargaan

Tak nampak semangatlah keluarga itu kalau tak sedondon. Kita datang sebagai satu keluarga mesti nampak lebih meriah kalau semua pakai baju sedondon. Baju sedondon juga dapat menzahirkan rasa cinta kita kepada keluarga dan berasa lebih berbahagia.

2. Nampak cantik dan kemas

Memang sudah sikap manusia yang sukakan benda-benda yang cantik, kemas dan teratur. Oleh itu, jika satu keluarga berpakaian sedondon, mereka akan kelihatan sungguh sedap mata memandang. Malah kehadiran mereka boleh menceriakan majlis dan sanak-saudara.

3. ‘Picture perfect’ untuk bergambar!

Ini antara sebab ramai keluarga yang memilih untuk berdondon. Dengan adanya media sosial, sesi bergambar di bersama keluarga merupakan aktiviti yang wajib dilakukan. Bayangkan bergambar dengan satu keluarga yang berpakaian sedondon seirama? Tentu sungguh comel dan ‘sweet’. Sesudah bergambar, sesi menular gambar-gambar tersebut di Instagram atau Facebook pun bermula.

4. Senang diingati dan dijadikan kenangan.

Dalam sesebuah kenduri rumah terbuka, keluarga yang berpakaian sedondon akan lebih senang dicam dan diingati. Secara tidak langsung, ia akan merapatkan lagi hubungan keluarga dan menjadikan satu kenangan manis.

Ok lah. Jom beli baju sedondon. Tapi nak beli dekat mana?

Jangan risau, Noor Arfa sentiasa ada untuk anda. Malah anda boleh membeli secara ‘online’ di Website Noor Arfa. Jimat kan!!! Anda juga boleh “walk in” ke Noor Arfa Craft Complex untuk buat pembelian.

JOM SEDONDON BERSAMA INSAN TERSAYANG DENGAN NOOR ARFA

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *