Blog

Betul Ke Perlu Kurangkan 2 Perkara Ini Untuk Menjaga Hati?

Tahukah anda cara untuk menjaga hati kita dari kelalaian? Ketawa dan kenyang, dua keadaan yang sering diberi maksud yang negatif bagi seorang Muslim. Sebenarnya ia dilarang jika dilakukan secara keterlaluan. Namun begitu, betul ke kita perlu kurangkan 2 perkara ini untuk menjaga hati.

Bahkan dahulu sewaktu penulis berada di bangku sekolah, tinggal pula di asrama sekolah agama, tazkirah-tazkirah diberikan agar usah ketawa terlalu banyak, nanti hitam hati!

Sebenarnya bukan hitam hati, tetapi mati hati. Ia memang berasal dari hadis yang sahih.

“Janganlah banyak tertawa! Sesungguhnya banyak tertawa akan mematikan hati.” 

(HR At-Tirmidzi, no.2305)

Namun, ada lagi satu hadis yang berlegar dalam kalangan kita yang menyebut tentang saranan menghidupkan hati dengan mengurangkan ketawa dan jangan makan terlalu banyak.

Dikatakan bahawa Nabi SAW bersabda;

وَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: أَحْيَوْا قُلُوْبَكُمْ بِقِلَّةِ الضَّحِكِ وَقِلَّةِ الشَّبَعِ وَطَهِّرُوْهَا بِالْجُوْعِ تَصْفُوْ وَتَرِقُّ

“Hidupkanlah hati kalian dengan sedikit tertawa dan sedikit kenyang, dan sucikanlah ia dengan lapar, maka ia akan jernih dan lunak.”

Walau bagaimanapun, setelah dirujuk kepada sumber yang sahih, riwayat di atas sebenarnya tidak ada asalnya dan tidak diketahui perawinya. Maka tidak wajar ia disandarkan kepada kalam Nabi SAW.

Memang, dalam hadis pertama disebut secara jelas bahawa banyak ketawa akan mematikan hati. Begitu juga dengan larangan untuk makan sehingga terlalu kenyang kerana menurut amalan para ulama, ia memberatkan anggota badan untuk beribadah.

Walau bagaimanapun, sebagai umat Islam yang hidup di zaman maklumat terlalu berselirat dan bersimpang siur, kita mestilah menyemak hadis-hadis sebelum dijadikan pegangan dan amalan. Semoga kita lebih bijak menapis maklumat yang sampai kepada kita.

Sekian sahaja perkongsian untuk hari ini. Terima kasih kerana telah membaca coretan ini. Semoga dapat memberi manfaat kepada semua pembaca.

NOOR ARFA
“Senyuman KebahagiaanMu💜”

Sumber : Tzkrh

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *