Blog

Bersarung Batik Ke Final Piala FA | TFC VS JDT

Seperti yang kita ketahui, Terengganu Football Club (TFC) telah berjaya ke peringkat akhir Piala FA yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 10 September 2022. Bahang aksi final Piala FA 2022 sangat terasa apabila penyokong TFC begitu ghairah melakukan persiapan untuk menyaksikan perlawanan tersebut. Selain kain rentang yang memaparkan kata-kata semangat, para penyokong turut mempamerkan kreativiti dengan menghias terendak pelbagai corak beridentitikan pasukan hitam putih untuk dipakai ketika menyaksikan perlawanan akhir itu. Namun, istimewanya penyokong TFC apabila terdapat segelintir penyokong yang membawa identiti rakyat Terengganu dengan BERSARUNG BATIK KE FINAL PIALA FA.

Bersarung Batik Ke Final Piala FA
Antara Gambar Penyokong TFC Bersarung Batik
Batik Boys Yang Sangat Mencuit Hati
Masih Sempat Bergambar Sebelum Perlawanan

Begitu mencuitkan hati kan. Malah, begitu banyak perkongsian mengenai Batik Boys dikongsikan di laman sosial. Nampaknya masyarakat begitu terhibur dengan gelagat mereka. Namun begitu, satu pengajaran yang kita boleh dapat ialah sudah menjadi adat permainan ada kalah ada menang. Yang menang tidak selalunya menang, dan yang kalah tidak semestinya sering kalah. Yang pentingnya kedua-dua belah pihak haruslah menerima kemenangan atau kekalahan dengan rela hati.

Untuk mencapai sebarang kejayaan, kita mestilah berfikiran positif. Benar, kalah menang adat permainan tapi bila melawan biar bermaruah. Jangan sesekali mudah mengalah. Apabila menemui kegagalan, kuatkan semangat. Teruskan berusaha. Berusaha dan berusaha lagi sehingga berjaya. Setelah berjaya, jangan pula kita lupa. Jangan lupa untuk sentiasa bersyukur dan berterima kasih supaya boleh terus berjaya. Kita juga boleh menjadi lebih berjaya andai orang lain pun boleh turut berjaya bersama-sama kita. Begitulah cara yang terbaik untuk betul-betul menjadi orang yang berjaya.

Semoga kita semua mendapat manfaat daripada perkongsian ini. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca coretan ini.

Noor Arfa
Senyuman KebahagiaanMu 💜

BERMINAT UNTUK DAPATKAN SARUNG SEPERTI BATIK BOYS. BOLEH KLIK LINK 👉🏻 DI SINI

Related Posts

Leave a Reply