Blog

Tips Penjimatan Ketika Membeli-Belah Secara Online

Pada era globalisasi in, pertambahan aktiviti membeli belah dalam talian itu selari dengan perkembangan pesat bahagian-bahagian ekonomi lain yang membawa kepada peningkatan pembayaran tanpa tunai, penggunaan aplikasi dan internet mudah alih. Setara dengan perubahan zaman, kegiatan membeli-belah dalam talian semakin digemari ramai. Oleh itu, saya kongsikan Tips Penjimatan Ketika Membeli-Belah Secara Online.

Ia memberikan kemudahan untuk kita membuat penyelidikan menyeluruh mengenai barangan yang diinginkan, dan mampu membuat pesanan tanpa kekangan geografi. Malah, kita tidak perlu keluar dari rumah untuk membuat sebarang pembelian. Ini sangat membantu terutamanya untuk golongan yang bekerjaya seperti cikgu yang masanya banyak dihabiskan dengan kerja dan aktiviti selepas kerja di sekolah.

1. Kenal Pasti Barangan Pilihan Lebih Awal

Apabila ingin menyelidik dan membuat perbandingan harga di banyak laman, kita akan jumpa pelbagai tawaran harga yang terbaik. Setelah dikenal pasti barangan yang diinginkan, boleh terus masukkan ia ke dalam bakul atau shopping cart. Walaupun tidak bercadang untuk terus membuat pembelian, apabila harga barangan tersebut turun, anda tidak perlu tercari-cari lagi barangan tersebut.

2. Kenal Pasti Musim Tawaran

Kenal pasti musim membeli-belah dan tarikh yang menjanjikan penjimatan besar agar tidak terlepas peluang, contohnya seperti 11/11 dan 12/12. Selain itu, tips yang paling penting ialah pastikan kita mengikuti laman sosialnya untuk merebut peluang yang ada dan subscribe untuk email notifikasi.

3. Pasangkan Notifikasi

Lanjutan tip no.2 di atas; anda boleh pasangkan notifikasi pada laman sosial atau emel anda untuk sebarang pengumuman promosi. Kadangkala tempoh promosi adalah terhad, maka tanpa notifikasi, mungkin menyebabkan kita terlepas tawaran tersebut. Selain itu, antara tips istimewa ialah sertai group jualan untuk lebih perkongsian mengenai promosi yang berlangsung.

4. Gunakan e-Dompet Untuk Penjimatan

Terdapat banyak kelebihan pada aplikasi e-dompet. Kebanyakan aplikasi ini menawarkan potongan harga barangan dan tawaran seperti pulangan balik tunai (cashback) bagi setiap transaksi pembelian anda.

Semoga coretan ini dapat membantu semua pembaca dalam melakukan transaksi membeli-belah secara dalam talian. Jadilah pengguna yang bijak dalam merebut peluang dan membuat keputusan yang bijak dalam berbelanja.

Sekian, Terima kasih sudah membaca coretan ini ~~Senyuman KebahagiaanMu 💜

Related Posts

Leave a Reply