Blog

Gambar OOTD Kurang Menarik? Ni Tips Untuk Lebih Menarik

BERGAMBAR untuk memperlihatkan gaya seharian atau lebih dikenali OOTD (outfit of the day) menjadi fenomena dalam kalangan remaja dan selebriti tanah air. Ia nampak mudah dilakukan, namun berkali-kali ambil gambar pun belum tentu ada yang cantik untuk dikongsikan di laman sosial. Malah. masyarakat kita sekarang ini suka melihat sejauh manakah anda berjaya mendapat tanda suka atau ‘like’ dan juga komen setiap kali berkongsi foto di laman sosial. Namun, tidak perlu khuatir jika gambar OOTD anda kurang menarik. Ini kerana saya akan kongsikan tips-tips untuk jadikan ia lebih menarik.

Ini akan membantu anda mendapatkan gambar yang menarik dan boleh dikongsi di laman sosial. Mesti ramai yang akan terpegun melihat gambar anda lepas dipraktikkan tips ini.

Gambar OOTD
1. Latar belakang

Cari latar belakang yang sesuai dengan pakaian yang anda gayakan. Latar belakang yang kemas sama ada bercorak atau plain/kosong akan menghasilkan gambar yang seolah-olah hanya fokus kepada anda seorang sahaja. Pastikan jangan terlalu crowded dengan pelbagai elemen sehingga membuatkan diri anda tenggelam.

2. Sudut/angle

Tahukah anda bahawa setiap orang mempunyai satu angle yang akan membuatkan kita kelihatan menarik ketika bergambar. Jadi, gunakanlah angle tersebut semasa OOTD. Jika anda bijak memilih angle ia pasti menghasilkan gambar yang cantik. Ambil dari bawah ke atas untuk anda kelihatan lebih tinggi. Bagi saya, saya selesa dengan angle dari atas. Anda pulak?? Cuba kongsikan di ruangan komen 😍

Gambar OOTD
3. Pencahayaan

Pencahayaan adalah adalah salah satu yang perlu diambil kira dalam sesi fotografi. Tanpa pencahayaan yang baik ia tidak akan dapat membuahkan hasil yang diinginkan. Untuk itu anda perlu kenal pasti arah cahaya terutama jika berada di tempat redup. Orang yang ingin mengambil gambar membelakangkan matahari manakala anda perlu berada pada kedudukan di hadapan matahari. Ia bagi membolehkan imej anda mendapat cahaya yang mencukupi.

4. Tiru posing macam dalam majalah

Jika anda bukan model dan tidak pandai untuk beraksi di depan kamera, anda boleh tiru sahaja pose model dalam majalah fesyen atau Instafamous di Instagram. Cuba pelbagai pose secara kandid dan nampak natural sehingga anda dapat foto yang terbaik. Pastikan juga baju dan tudung anda kemas dan kelihatan on point. Jika tidak anda pasti kecewa dengan hasilnya. Pastikan juga tiada orang yang cuba photobomb dan mencacatkan foto anda.

Gambar OOTD
5. Prop

Prop memberi foto anda lebih menarik. Makanan, hiasan meja, beg tangan juga boleh dijadikan prop dalam foto OOTD anda. Namun anda harus ingat!!! Barang-barang berbahaya dilarang untuk dijadikan prop kerana ia boleh mengundang kontroversi dan komen-komen yang negatif untuk setiap gambar yang dikongsikan.

Jadi apa lagi, cubalah tips yang disenaraikan untuk pastikan gambar OOTD anda benar-benar terhasil seperti yang diinginkan. Sekian sahaja dari saya dan terima kasih kerana meluangkan masa untuk membaca coretan ini. Semoga tips di atas sedikit sebanyak dapat membantu anda. Selamat mencuba!

NOOR ARFA
“Senyuman KebahagiaanMu💜”

BERMINAT UNTUK DAPATKAN OUTFIT SEPERTI DI ATAS. KLIK 👉🏻 DI SINI

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *