Blog

Blouse Simple But Nice

Tips Pemilihan Blouse

Pernah tak bila tiba masa nak keluar jalan-jalan je, auto terkeluar “ala, nak pakai baju apa ni??”, “tak ada baju lah nak keluar” dan macam-macam dialog lagi lah. Inilah masalah sesetengah perempuan. Sedangkan baju yang sedia ada tu, dah tak cukup ruang nak susun. Haaa, mesti ada masalah dengan baju-baju tu semua. Lagipun dah seminggu berbaju kurung ke sekolah, takkan hujung minggu pun nak berbaju kurung juga kan Jadi harini, kami nak kongsikan Tips Dalam Pemilihan Blouse terutama untuk aktiviti di hujung minggu.

Saiz blouse yang dipilih perlu sesuai

Saiz yang sesuai.

Blouse yang sesuai akan memberikan keselesaan dan kebebasan bergerak terutama sekali ketika melakukan aktiviti bersama keluarga. Pastikan bahagian ukur lilit ketiak cukup tinggi supaya tidak membatasi pergerakan tangan. Bahagian lengan tidak boleh terlalu ketat atau terlalu besar bagi membolehkan pergerakan semula jadi.

Material blouse yang betul

Material yang betul

Pilihlah blouse yang diperbuat daripada fabrik yang memberikan bentuk blouse yang lebih berstruktur dan kemas. Iklim di Malaysia perlu diambil kira dalam memilih material blouse yang paling sesuai untuk dipakai

Pemilihan warna blouse yang sesuai

Pemilihan warna yang sesuai

Pilihan pakaian tidak seharusnya terikat dengan warna tertentu saja kerana ia akan membuat dunia fesyen untuk ke pejabat menjadi hambar dan tidak mendatangkan semangat ketika beraktiviti. Sesekali pilihlah warna yang ceria seperti biru, kuning dan pink untuk mencipta kelainan

Semoga coretan ini bermanfaat dan dapat memberi ilham untuk bergaya santai di hujung minggu & Selamat mencuba 😍

Klik di sini untuk dapatkan blouse seperti di atas & tampil cantik dengan pemilihan blouse yang sesuai.

Sekian, Terima kasih ~ ~Senyuman KebahagiaanMu 💜

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *