Blog

Rahsia Kebahagiaan Rumah Tangga | Matching Bersama Suami

“Sedondon bersama cinta hati dengan Sarung Noor Arfa”

Menjadi kebiasaan dalam berumahtangga, si isteri akan lebih teruja dalam bab-bab baju sedondon. Seperti biasa, si suami selalunya tidak mengambil berat bab matching-matching ini. Tetapi, salah satu tips rumahtangga untuk kekal bahagia adalah dengan memakai baju sedondon dengan pasangan.

Ini kerana bila pasangan memakai baju yang matching ni nampak romantik je tau. Tak kisahlah sama ada hendak ke mana pun, tetap pakai baju sedondon. Lebih-lebih lagi bagi seorang guru. Tentu banyak majlis yang perlu dihadiri bersama. Takkan nak tunggu raya je baru nak matching kan. Di sini kami kongsikan tips dalam memilih baju untuk digayakan bersama Encik Suami

Material Yang Selesa
Penting untuk memilih material yang selesa. Ini kerana kita mesti nak sedondon untuk tempoh waktu yang panjangkan. Jadi amat penting untuk memastikan si dia selesa dengan memakai baju yang telah dipilih.

Warna & Corak Yang Universal
Pasangan ini menggayakan Sarung Velvet kode Eksklusif Bronze yang dikombinasikan dengan warna Maroon. Selain mampu memberikan efek langsing kepada pemakainya, warna ini juga sesuai untuk wanita & lelaki.

Lebih Baik “Customade” Berbanding “Readymade”
Pilihan terbaik untuk sedondon ialah memilih untuk “customade”. Ini kerana kita boleh menentukan ukuran & material yang dinginkan berbanding “readymade”. Ini akan memberikan lebih keselesaan kepada si suami malah kepada si isteri juga.

Kesimpulannya, tidak salah untuk mengikut hasrat si isteri untuk pakai sedondon, baru lah rumah tangga kekal bahagia. Semoga coretan ini dapat memberi manfaat kepada semua.

Sekian, Terima kasih ~ ~Senyuman KebahagiaanMu 💜

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *