Blog

KENALI WARNA DAN PERSONALITI – PART 2

Assalamualaikum. Seperti yang sedia maklum, kita pernah kongsikan tentang Kenali Warna Dan Personaliti sebelum ni. Jadi pada hari ini kita kongsikan lagi 3 warna tambahan yang mungkin berkait dengan kehidupan harian kita.

Seperti yang sudah kita ketahui, warna merupakan salah satu elemen keceriaan yang mampu tunjukkan keperibadian dan emosi seseorang. Oleh itu, pemilihan warna juga penting kerana akan mempengaruhi emosi kita.

MERAH JAMBU
Menunjukkan sikap penyayang, bersimpati dan memahami. Satu perkongsian tambahan, para guru terutamanya yang mengajar anak-anak sekolah rendah. Dicadangkan untuk mengenakan pakaian berunsurkan warna merah jambu kerana akan lebih menarik minat anak murid.

Sarung Batik White Blush Yang Mempunyai Unsur Warna Merah Jambu

HIJAU
Melambangkan seseorang yang bermurah hati serta gemar membantu orang lain untuk mengubah sikap. Pernah tak perasan, mostly para guru gemar untuk memakai pakaian yang berwarna hijau. Ertinya sangat kena dengan jiwa seorang guru yang gemar membantu orang lain. Bab kata peribahasa Melayu, guru ibarat lilin; membakar diri untuk menerangi orang lain.

Pilihan Utama Para Guru, Sarung Velvet Kod Fern Green

COKLAT
Warna yang melambangkan seseorang penuh dengan kestabilan serta konservatif. Personaliti coklat mempunyai stamina yang tinggi, sabar, tetap pendirian, sangat berhati-hati dan boleh diharap, Malah bertanggungjawab, tidak terburu-buru dan gigih dalam apa yang diusahakannya. Disarankan untuk memilih warna coklat apabila bersedia untuk bekerja keras dan mempunyai tugasan besar seperti ketika menguruskan Majlis Kecemerlangan Pelajar atau majlis – majlis yang istimewa.

Sarung Velvet Kod Eksklusif Bronze Pilihan Utama Untuk Pengemar Warna Coklat

Sekian sahaja perkongsian untuk hari ini. Masih memikirkan idea warna baju yang hendak dipakai esok ?? Semoga dapat memberi idea selepas baca perkongsian ini yer. Selamat memcuba dan boleh kongsikan betul ke tafsiran warna ini yer 😍

Teringin dapatkan Sarung Noor Arfa seperti yang mereka pakai. Jom klik 👉🏻 DI SINI sekarang.

Sekian dari min ~ ~Senyuman KebahagiaanMu 💜

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *