Blog

Kenapa Namanya Sedemikian Rupa???

SEJARAH TUDUNG BAWAL

Kepada wanita yang memakai tudung bawal, tahukah anda akan asal usulnya? Kenapa namanya sedemikian rupa? Dari mana datangnya perkataan itu, pelikkan?

Kain Bawal diperbuat dari jenis kain “Voile”. Mengikut kamus The Oxford Pocket Voile itu bermaksud plain-weave, semitransparent fabric of cotton, wool or silk. Mungkin ramai yang belum tahu, perkataan volie itu berasal dari Perancis dan kemudian di melayukan oleh orang malaysia dengan nama Bawal.

Material voile itu adalah sejenis fabrik yang nipis dan lembut yang berasal dari kapas, sutera atau rayon. Sekarang ini terdapat pelbagai jenis voile/bawal antaranya “Japanese Voile” atau Bawal Jepun, “Korean Voile” atau Bawal Korea dan juga “Siam Voile” atau Bawal Siam. Kain Bawal Jepun adalah yang paling pepular kerana kualitinya yang baik. Baik disini bermaksud keadaan kain tersebut yang lembut dan tidak berbulu apabila kerap dicuci, sebab itulah kain bawal dari jepun ini agak mahal berbanding dengan kain bawal-bawal lain.

Tips Memakai Tudung Bawal

Di bawah ini dikongsikan sekali tips-tips memakai tudung bawal. Jom cuba

1. Gabungan baju dan tudung

Sekiranya anda memakai baju bercorak, padankan baju dengan tudung plain dan sebaliknya. Jangan memakai baju dan tudung yang mempunyai corak berlainan. Anda akan kelihatan sangat sarat.

2. Pilihan warna

Pilihlah warna yang bersesuaian dengan tona kulit anda. Jika anda memakai baju bercorak, pilihlah warna minimum untuk dipadankan dengan tudung bawal. Jika baju anda plain pula, anda boleh mencuba tudung plain colour block yang menarik.

Misalnya jika baju anda berwarna maroon, anda boleh menggayakan tudung bawal berwarna kelabu cair, krim, putih atau beige. Warna yang kontras akan menghasilkan kombinasi yang menarik untuk si pemakai.

3. Pelbagaikan gaya pemakaian

Berbanding selendang atau shawl yang lebih panjang dan lebar, tudung bawal kurang digayakan. Namun, anda boleh cuba teknik-teknik yang sesuai untuk digayakan. Pasti anda akan kelihatan lebih bergaya dan menarik.

4. Cara penjagaan tudung bawal

Seeloknya tudung bawal jenis voile dibasuh menggunakan tangan berbanding dibasuh menggunakan mesin basuh. Ini untuk memastikan kualitinya akan lebih tahan lama. Cara penjagaan yang betul akan membuatkan tudung bawal tidak mudah menipis, berbulu dan luntur warnanya.

Nampaknya, itu saja perkongsian penulis tentang cara pakai tudung bawal agar anda kelihatan lebih glam dan cantik. Semoga anda akan mendapat idea untuk bergaya nanti. Tak kiralah sama ada untuk menghadiri majlis keramaian, ke kolej, tempat kerja, malahan ketika hari raya juga.

Tak perlu beli tudung bawal yang mahal-mahal. Kalau pandai digayakan, yang murah pun tetap akan nampak cantik. Yang penting, anda mestilah yakin dan sentiasa nampak kemas. Cubalah!

Inginkan tudung eksklusif dari Noor Arfa?? Klik Di Sini

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *