Blog

Do’s and Don’t | Perkara Yang Perlu Guru Ambil Perhatian

Menjadi rutin seorang guru akan bertemu dengan pelajarnya setiap hari. Sama ada untuk sesi pembelajaran di dalam atau aktiviti di luar kelas. Kerana itulah, penampilan dan perlakuan guru sering menjadi perhatian pelajar. Malah, apa sahaja yang digayakan dan dilakukan oleh para guru akan boleh menjadi inspirasi kepada pelajar.

Oleh itu, pentingnya guru menjaga penampilan kerana tiga tujuan utama iaitu :

  1. Membina identiti guru yang efektif.
  2. Menjaga kredibiliti profesion keguruan.
  3. Melahirkan rasa hormat daripada sesiapa yang berurusan dengan guru.

DO’S – Di sini, kami kongsikan tip penampilan yang baik untuk para guru amalkan.

  1. Pilihan warna yang sesuai.
  2. Potongan pakaian perlu profesional.
  3. Pemakaian kasut yang selesa, bertumit dan bertutup penuh.
Pemilihan Warna Yang Sesuai Dapat menarik Minat Pelajar
Potongan Pakaian Yang Profesional
Pemakaian kasut yang selesa, bertumit dan bertutup penuh.

DON’T – Perkara yang para guru perlu elakkan dalam berpenampilan.

  1. Aksesori yang terlalu sarat.
  2. Pakaian yang terlalu banyak perincian.
  3. Mekap yang terlalu tebal atau terlalu pucat.

Kesimpulannya, imej bukan sahaja merujuk kepada penampilan. Malah, Para guru juga perlu menambah baik teknik komunikasi apabila berhadapan dengan pelajar, ibu bapa & tetamu institusi yang lain. Semoga coretan ini dapat membantu para guru dalam berpenampilan. Selamat mencuba 😍

Sekian, Terima kasih ~ ~Senyuman KebahagiaanMu 💜

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *