Blog

TIPS UNTUK GURU | PEMILIHAN TUDUNG KE SEKOLAH

Seperti yang kita sedia maklum, banyak gaya tudung yang dapat distailkan. Namun pemilihan tudung juga memainkan peranan penting dalam pemakaian sehari-hari. Pemilihan tudung yang tidak sesuai akan buat seseorang itu tidak selesa atau tidak cantik.

Bagi yang bekerja di pejabat tentunya dari pagi hingga petang. Terutamanya untuk para guru yang selalu ke hulur ke hilir di sekolah. Pastinya gaya dan keselesaan tudung menjadi perkara yang perlu diberi perhatian.

Untuk perkongsian tips pada harini , kami kongsikan tips bagi para guru untuk memilih tudung yang sesuai ke sekolah.

PEMILIHAN ANAK TUDUNG YANG SESUAI
Pilih anak tudung yang tidak terlalu tebal kerana ia akan menyebabkan sakit dan kemerahan pada telinga si pemakai. Tetapi jika memakai anak tudung terlalu nipis juga akan menyebabkan rambut senang terkeluar dan berasa rimas.

PILIH TUDUNG YANG KAINNYA NIPIS TAPI TAK JARANG
Pemilihan tudung yang terlalu tebal akan menyebabkan pendengaran si pemakai kurang jelas atau ‘pekak’. Bukan itu sahaja, memakai tudung tebal juga menyebabkan telinga akan berasa sakit dan kemerahan.

MATERIAL TUDUNG YANG SELESA
Pilihlah tudung yang material nya berasa sejuk dan serap peluh. Hal ini kerana, jika dipakai dalam masa yang lama tidak akan rimas dan berbau.

SEMOGA INFO INI MEMBERI MANFAAT DAN BERGUNA UNTUK SEMUA. SELAMAT MENCUBA & SELAMAT MENGAJAR 😍Jika berminat dengan design baju seperti yang dipakai, boleh dapatkan dengan klik di sini 👉🏻 Sarung Noor Arfa

Sekian, Terima kasih ~ ~Senyuman KebahagiaanMu 💜

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *