Blog

Hargai Insan Tersayang Dengan Noor Arfa

Seperti yang sedia maklum, pada setiap bulan Noor Arfa akan berikan give away kepada 100 yang bertuah. Haa.. Istimewanya give away ini, hadiah yang diberikan adalah untuk insan tersayang sama ada kepada mak, isteri atau adik beradik. Bukan untuk diri sendiri yer. Jadi untuk dapatkan give away tersebut, pemohon perlu kongsikan kepada siapa yang ingin dihadiahkan serta satu kisah menarik mengenai mereka.

Oleh itu, harini saya ingin kongsikan antara kisah-kisah yang menyentuh hati dan telah berjaya mendapat give away istimewa dari Noor Arfa.

Kisah Pertama

“Terima kasih Menjaga Ayah”
Mengisahkan penghargaan kepada seorang “UMI” kerana telah menjaga bapanya. Dimana umi nya telah sudi menggantikan mak kandungnya yang telah meninggal ketika usianya 15 tahun. Walaupun pada waktu itu dia telah meningkat remeja namun kehilangan seorang mak telah membuatkan dia hilang semangat untuk meneruskan hidup. Tambahan pula tahun itu pemohon akan menghadapi peperiksaan SRP. Namun begitu, berkat kehadiran umi telah memdatangkan kegembiraan kepada pemohon & keluarga. Malah sehingga kini masih bertambah kasih sayang diberikan. – Alhamdulillah

Shida , Negeri Sembilan
Kisah Kedua

“Mohon Ampun Dan Maaf”
Pemberian hadiah sebagai tanda mohon ampun dan maaf kerana tidak dapat berada di sisi bonda.Di saat Bonda dimasukkan ke dalam wad akibat serangan jantung, kekangan kerja menyebabkan pemohon tidak dapat berada di sisi bondanya. Pemohon merupakan anak bongsu yang boleh dikatakan tak pernah tiada saat bondanya memerlukan. Namun disebabkan urusan kerja diluar kawasan , pemohon tak dapat menjaganya dan menyebabkan bondanya sedih . Dengan hadiah Noor Arfa pemohon berharap dapat mengukirkan Senyuman Kebahagiaannya dan dapat maafkan saya . Mohon doakan bondanya sihat ya. – Amin

Nor Ain , Perak
Kisah Ketiga

“Selamat Hari Lahir Ibu”
Sebagai hadiah untuk ulang tahun kelahiran ibu pemohon. Ibu pemohon sangat meminati batik dan ibu turut selalu belikan batik kepada pemohon. Ini menyebabkan pemohon sendiri yang menyukai batik. Dan kini, pemohon ingin menghadiahkan ibunya hadiah istimewa dari Noor Arfa. Hal ini amat membanggakan kerana dapat menghadiahkan ibu hadiah dari Noor Arfa yang sudah terkenal dalam bidang ini selama bertahun lamanya. Malah baginya, Noor Arfa merupakan sebuah jenama yang berkualiti di samping menghasilkan batik yang cantik dan mampu menggembirakan ibunya. – Terima kasih Noor Arfa

Siti , Selangor

Alhamdulillah. Hadiah pun sudah selamat sampai kepada Insan Tersayang dalam hidup mereka. Perasan tak… Kesemua kisah di atas adalah menceritakan tentang ibu mereka. Sangat menyentuh hati dan merupakan satu kebanggaan bagi Noor Arfa kerana dapat menggembirakan insan tersayang mereka. Terima kasih di atas kesudian membaca perkongsian hari ini.

Bagi yang belum pernah memberikan hadiah kepada insan tersayang. Inilah masanya untuk memberi sebelum terlambat. Boleh klik 👉🏻 DI SINI untuk menjadi salah seorang daripada 100 orang yang bertuah dapat menghadiahkan kepada insan tersayang.

Sekian dari min ~ ~Senyuman KebahagiaanMu 💜

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *