Blog

Tempat Menarik Untuk Lawatan Sambil Belajar

Rombongan sekolah merupakan aktiviti yang selalunya ditunggu-tunggu oleh pelajar, sama ada di peringkat Sekolah Menengah mahupun di peringkat Sekolah Rendah. Ia juga diklasifikasikan sebagai Program Lawatan Sambil Belajar yang boleh memberi manfaat kepada murid-murid selain dapat mengunjungi tempat-tempat yang menarik. Secara tidak langsung, akan membantu murid-murid untuk menimba ilmu pengetahuan yang berbeza daripada pembelajaran di dalam kelas. Menjelang cuti persekolahan yang bakal berlangsung tidak lama lagi, ketahui lokasi menarik di Terengganu yang sesuai untuk lawatan sambil belajar.

Pusat Sains Kreativiti Terengganu
Satu tarikan yang baru di Kuala Terengganu. Di mana pelbagai informasi saintifik yang disampaikan secara kreatif dan menarik. Banyak pameran dan galeri yang dapat menarik minat pelajar-pelajar seperti info tentang dinasour, permainan kanak-kanak dan bermacam lagi. Lokasinya terletak berdekatan dengan Kampung Laut, Chendering.

Muzium Negeri Terengganu
Merupakan muzium yang terbesar di Asia Tenggara. Muzium ini memiliki 5 bahagian berbeza iaitu, Muzium Utama, Muzium Perikanan, Muzium Maritim, taman botani serta herba dan akhir sekali adalah 4 buah rumah rekaan tradisional. Satu perkara yang paling mengagumkan berbanding muzium lain ialah senibina muzium ini sendiri yang sangat unik ibarat berada di sebuah Istana Melayu lama. Reka bentuk muzium ini merupakan senibina rumah tradisional Terengganu yang dikenali dengan Rumah Tele (rumah tiang 16).

Taman Tamadun Islam
Destinasi ini bukanlah tempat bersejarah untuk negeri Terengganu tetapi lebih kepada detinasi yang ideal untuk melihat sejarah Islam khususnya senibina bangunan ikonik Islamik dunia. Pelancong boleh melihat sendiri keunikan replika-replika 21 monumen bangunan terkenal di dunia seperti Kota Lama Islam Aleppo, Kubah As Sakhrah, Masjidil Haram, Masjid Nabawi dan juga bersebelahan dengan satu lagi bangunan ikonik iaitu Masjid Kristal. Replika-replika di dalam Taman Tamadun Islam dibina pada saiz yang lebih kecil tetapi pada skala yang sama dengan binaan asalnya.

Noor Arfa Craft Complex.
Satu kompleks kraf tentang produk Noor Arfa yang sangat ideal untuk dilawati. Pelajar-pelajar dapat mengenali dengan lebih dekat tentang fabrik kraf popular Terengganu seperti batik, sutera, songket, sarung dan kraftangan. Selain tempat untuk membeli kompleks ini turut terdapat ruangan demonstrasi. Pelajar -pelajar dapat melihat sendiri proses pembuatan batik seperti proses mencanting, pembuatan blok, dan mewarna batik. Malah boleh merasai pengalaman untuk membuat produk sendiri DIY sambil dibantu oleh pelatih di sini. Sekiranya ingin mencari tempat menarik di Kuala Terengganu untuk beli buah tangan tempatan yang berkualiti, wajib datang ke sini.

Semoga dapat memberi idea kepada para cikgu dan ibu bapa yang sedang mencari tempat untuk dilawati & selamat bercuti 😍

Sekian dari min ~ ~Senyuman KebahagiaanMu 💜

Related Posts

Leave a Reply