Blog

Keunikan Batik Semakin Terancam

Dalam meniti arus kemodenan ini, keunikan batik di Malaysia semakin terjejas. Hal ini berpunca daripada kecenderungan pengusaha dari negara jiran menciplak rekaan dan motif tempatan pada produk keluaran mereka. Ini akan menyebabkan keunikan batik semakin terancam.

Sebagaimana yang kita sedia maklum, lambakan batik dari Indonesia, dan China dipasarkan secara berleluasa di negara ini. Hal ini bertujuan bagi mengaburi mata dan menarik minat pembeli tempatan.

Seperti yang dapat dilihat, sesetengah pengusaha terbabit menggabungkan motif tempatan dan negara terbabit sehingga merosakkan keunikan batik Malaysia.

INFO MENGENAI BATIK

  • Pembatik Indonesia mula menjadikan motif dan rekaan batik usahawan negara ini sebagai rujukan mereka menghasilkan batik sejak kebelakangan ini, menjadikan lambakan batik luar mula memasuki pasaran negara.
  • Batik tempatan lebih kepada corak lebih halus, motif bunga dan fauna manakala batik Indonesia lebih kepada haiwan seperti unggas.
Sejarah batik:
  1. Malaysia – Industri di Kelantan dipercayai bermula sejak tahun 1911
  2. Indonesia -Bermula sejak abad ke 12th
Motif dan corak :
Design Batik Sarung By Noor Arfa
  1. Batik di Malaysia – Bercorak motif flora dan abstrak dengan warna lebih terang dan menarik.
  2. Batik di Indonesia – Bercorak fauna seperti serangga, burung dan hidupan laut dengan warna yang gelap seperti warna hitam dan coklat gelap.
Kegunaan :
  1. Masyarakat di Malaysia menggayakan batik sebagai pakaian rasmi pada setiap hari Khamis, pakaian kerja harian, sedondon di majlis-majlis keraian dan digayakan sebagai aksesori.
  2. Masyarakat di Indonesia lebih memilih menggayakan batik untuk majlis perkahwinan dan majlis rasmi.

Mutiara berharga seperti seni batik yang menjadi identiti bangsa dan warisan tradisi ini patut dipertahanankan supaya tidak lenyap ditelan zaman. Dengan harapan agar generasi muda yang akan datang turut mmenghayati dan berbangga dengan budaya. Semoga seni batik sentiasa terpelihara dan tidak terus dilupakan oleh generasi akan datang serta dihormati di peringkat antarabangsa.

Sekian sahaja untuk hari ini. Terima kasih di atas masa yang diluangkan untuk membaca coretan ini. Semoga pembaca semua mendapat manfaat daripada perkongsian ini.

DAPATKAN PELBAGAI PRODUK BATIK DENGAN HANYA KLIK 👉🏻 DI SINI

Related Posts

Leave a Reply