Blog

Takkan Tahu Yang Tu Jer !!! Ini Cara Yang Betul Nak…

Memiliki batik bukan sekadar mengagumi keindahan, membeli, mengumpul, dan kemudian memakainya. Ia memerlukan kesanggupan untuk menjaganya sebagai satu bentuk tanggungjawab dan penghargaan terhadap warisan budaya turun temurun yang telah dipelihara dan dibuat dengan kemahiran tertentu. Sama ada batik murah atau mahal, bercop atau bertulis, semua berhak mendapat cara penjagaan yang sama.

Sebelum ini kita pernah kongsikan cara mencuci batik yang betul supaya kecantikan dan kualitinya terjaga. Oleh itu, tidak lengkap rasanya jika tidak dikongsikan cara menggosok dan cara penyimpanan sebagai langkah akhir penjagaan batik. Penelitian dalam penjagaan batik amat penting untuk langkah akhir ini kerana batik terdiri daripada pelbagai material yang berbeza. Bagi memastikan kualiti batik sentiasa terjaga, jom saya kongsikan tips penjagaan batik yang selanjutnya!

Proses Menyeterika

Setelah batik kering, angkat dari jemuran dan sediakan sedikit air dan sehelai kain (bukan batik). Sila elakkan sentuhan terus dengan seterika kerana haba yang terhasil boleh merosakkan warna dan kualiti material batik. Untuk membetulkannya, semburkan sedikit air supaya batik tidak terlalu berkedut. Tutup permukaan batik dengan meletakkan sehelai kain yang telah disediakan. Batik sedia untuk diseterika. Jika anda ingin menambah pewangi atau pelembut kain, sediakan surat khabar lama untuk menutup permukaan kain dan kemudian semburkan pewangi di atasnya. Surat khabar lama ini akan menjaga kain daripada terkena bahan kimia yang terkandung dalam pewangi.

Cara Penyimpanan

Batik berisiko mwngalami kerosakan akibat gigitan hama pakaian. Oleh itu, anda mesti menyediakan bahan tertentu untuk memastikan penyimpanan selepas menyeterika. Pertama sekali, sediakan plastik, lada, dan tisu. Kemudian, masukkan batik ke dalam beg plastik dan simpan di dalam almari pakaian anda. Daripada menggunakan kapur barus, anda boleh menggunakan lada yang dibalut dengan tisu dan diletakkan di sudut almari untuk mengelakkan hama yang boleh memakan kain pada bila-bila masa.

Nanti apabila anda mengambil batik dari almari penyimpanan untuk dipakai ke majlis tertentu, perlu diingat bahawa batik tidak boleh terus terkena minyak wangi, terutamanya batik yang diperbuat daripada material sutera dengan pewarna asli. Kami mengesyorkan agar anda menghalakan minyak wangi tersebut ke bahagian-bahagian tertentu pada badan anda seperti di belakang telinga atau pergelangan tangan agar wangiannya tahan lebih lama dan batik tidak rosak.

Kesimpulan

Amacam, senang je sebenarnya penjagaan batik kan? Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua pembaca. Pastikan batik anda terjaga rapi dalam almari anda. Ini akan memudahkan anda untuk tampil menawan dalam mengenakan batik. Psstttt, jika masih belum ada batik di dalam almari anda, Noor Arfa adalah pilihan terbaik untuk dapatkan batik yang sesuai dengan keinginan anda. Hanya perlu pilih, bayar dan nantikan batik anda sampai di rumah😍

JOM DAPATKAN BATIK YANG BERKUALITI SEKARANG DENGAN NOOR ARFA

Related Posts

Leave a Reply