Blog

Memberi Hadiah Kepada Seseorang | Pesanan Istimewa

Pemberian hadiah itu adalah satu perkara yang boleh mengeratkan lagi hubungan keluarga dan persahabatan. Namun, perkara ini sangat sinonim dengan sambutan dan perayaan tertentu, contohnya hari raya, majlis perkahwinan, sambutan ulang tahun kelahiran, majlis aqiqah dan lain-lain. Tetapi, untuk memberi hadiah sebenarnya tidak perlu tunggu sebarang sambutan atau tarikh istimewa.

Perbuatan memberi hadiah mampu mengikat hubungan kekeluargaan dan juga persahabatan sekaligus akan mewujudkan suasana yang harmoni dalam kehidupan.

Sekarang, mari kita ikuti beberapa pesanan daripada Allah dan juga Nabi SAW berkenaan amalan memberi hadiah ini:

Pemberian Hadiah Akan Mengeratkan Lagi Perhubungan
Pemberian Hadiah Akan Mengeratkan Lagi Perhubungan

1 – Rasulullah SAW Biasa Menerima Hadiah Dan Membalasnya

Aisyah R.anha mengatakan,

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ – صلى الله عليه وسلم – يَقْبَلُ الْهَدِيَّةَ وَيُثِيبُ عَلَيْهَا
“Rasulullah SAW biasa menerima hadiah dan biasa pula membalasnya.” 

(HR. Bukhari, no. 2585)

Usah hanya menjadi seorang penerima sahaja. Kata orang, perkara ini perlu ada ‘give and take’. Ada kala kita menjadi seorang penerima, ada pula masanya kita perlu menjadi seorang pemberi.

Berilah Hadiah Walaupun Kecil & Sedikit
Berilah Hadiah Walaupun Kecil & Sedikit

2 – Tetaplah Memberi Walaupun Kecil Dan Sedikit

Hadiah yang ingin diberikan kepada seseorang tidak semestinya besar, mahal atau mewah. Berilah sesuai dengan kemampuan, serta dinilai sesuai dengan si penerima. Nabi SAW pernah memberitahu para wanita agar tetap memberikan hadiah sekalipun hanya sebahagian daripada apa yang dimasak.

يَا نِسَاءَ الْمُسْلِمَاتِ لاَ تَحْقِرَنَّ جَارَةٌ لِجَارَتِهَا ، وَلَوْ فِرْسِنَ شَاةٍ
“Wahai para wanita muslimah, tetaplah memberi hadiah pada tetangga walau hanya kaki kambing yang diberi.”

(HR. Bukhari, no. 2566 dan Muslim, no. 1030)
Mengeratkan lagi Perasaan Sayang
Mengeratkan lagi Perasaan Sayang

3 – Akan Menimbulkan Perasaan Sayang

Apa perasaan kita apabila menerima hadiah atau sebarang pemberian yang tidak disangka-sangka? Kita pasti akan rasa diri dihargai, sekaligus mengundang rasa selesa dan perasaan positif terhadap si pemberi. Ia juga disokong oleh Nabi SAW – perbuatan saling memberi hadiah akan menimbulkan rasa sayang dan cinta.

Dari Abu Hurairah R.anhu, Nabi SAW bersabda,

تَهَادَوْا تَحَابُّوا
(Tahaadu tahaabbu)
“Salinglah memberi hadiah, maka kalian akan saling mencintai.”

(HR. Bukhari dalam Al-Adab Al-Mufrod, no. 594 – Hadis ini dihasankan oleh Syaikh Al-Albani)

Memberi hadiah kepada orang tidak akan mengurangkan apa yang ada pada diri kita. Allah menjanjikan balasan yang lebih banyak buat orang yang suka memberi. Ganjarannya mungkin akan kembali dalam bentuk kemudahan hidup, pertolongan pada masa hadapan atau rahsia yang Allah simpan di akhirat kelak. Semoga pemberian tersebut dapat mendatangkan kegembiraan kepada hati orang yang menerima, menghilangkan keresahan dari masalah serta mencambahkan kebaikan yang berpanjangan.

Sekian, terima kasih sudah membaca coretan ini & semoga bermanfaat ~~Senyuman KebahagiaanMu 💜

JOM DAPATKAN HADIAH UNTUK INSAN TERSAYANG DENGAN SET HADIAH DARI NOOR ARFA. KLIK 👉🏻 DI SINI

Sumber : tzkrh.com

Related Posts

Leave a Reply