Blog

Flash Mob Fashion Walk X NACC Batik Pavilion| By Noor Arfa

ISTIMEWA BERSEMPENA CUTI PERSEKOLAHAN, Noor Arfa telah memberikan satu kejutan kepada pengunjung-pengunjung yang datang ke Noor Arfa Craft Complex pada 8 September 2022. Kejutan yang telah diberikan ialah Flash Mob Fashion Walk X NACC Batik Pavilion by Noor Arfa.

Flash Mob Fashion Show ini bertujuan untuk mengetengahkan koleksi Sarung Noor Arfa, di mana acara ini boleh dipertontonkan secara digital dan juga bersemuka di Noor Arfa Craft Complex. Alhamdulillah kami berjaya mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Selain itu, pengikut-pengikut media sosial Noor Arfa juga akan dapat menyaksikan acara ini secara online di rumah mereka atau di mana saja mereka yang bersiaran langsung di Facebook & Tiktok Noor Arfa. Dengan bertemakan Sarung Noor Arfa, flash mob ini telah berjaya menghiburkan pengunjung tanpa menggira usia.

Sejak penubuhannya pada 1982, Noor Arfa telah menjadi pilihan utama bagi pencinta batik sama ada tua atau muda. Dengan kualiti yang sentiasa dijaga, Noor Arfa berjaya memikat hati pencinta batik. Acara ini bertujuan untuk memperkenalkan lagi Sarung Noor Arfa kepada lebih ramai pencinta dan peminat batik diluar sana. Malah, acara ini ingin menyampaikan bahawa Sarung Noor Arfa sesuai dipakai oleh sesiapa sahaja tanpa menggira fizikal.

Dengan itu, saya kongsikan gambar-gambar sepanjang acara Flash Mob Fashion Walk ini berlangsung :

Model Menggayakan Batik Sarung Untuk Flash Mob Fashion Walk
Model Menggayakan Batik Sarung Untuk Flash Mob Fashion Walk
Model Menggayakan Batik Sarung Untuk Flash Mob Fashion Walk
Model Menggayakan Batik Sarung Untuk Flash Mob Fashion Walk

Sekian sahaja perkongsian untuk hari ini. Sekiranya pembaca-pembaca mempunyai sebarang maklumbalas atau cadangan menarik untuk kami, boleh kongsikan di bahagian komen yer. Kami sangat menghargai pendapat kalian semua.

Sekian, Terima kasih sudah membaca coretan ini ~~Senyuman KebahagiaanMu 💜

Jika kalian berminat dengan Sarung Batik seperti yang disarungkan oleh model kami, boleh dapatkan dengan hanya klik 👉🏻 Sarung Noor Arfa

Related Posts

Leave a Reply